LAHAD DATU – Seorang remaja lelaki mati lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di sebuah tasik di Terusan Jaya dekat sini pagi tadi.
Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata mangsa Mohd Firdaus Ali, 16, lemas ketika mandi bersama lapan lagi rakan sekolahnya.
“Mayat Mohd Firdaus dijumpai kira-kira pukul 7.53 pagi, 33 minit selepas operasi mencari dilancarkan oleh bomba,” katanya dalam satu kenyataan. – BERNAMA

