• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rani Kulup Sokong Pemilik Range Rover Tampar Pekerja Bangla

oleh AK-47
22/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

FIGURA yang popular dengan tagline #kipidap (keep it up), Abdul Rani Kulup tampil menyokong dan mempertahankan tindakan pemilik Range Rover yang dirakam memukul pekerja cuci kenderaan warga Bangladesh di Subang Perdana, Selangor baru-baru ini ekoran dikatakan bersikap kurang ajar dan mengotori kenderaannya.

BACA: Ahli Perniagaan Belasah Pekerja Cuci Kereta Direman

Sebaliknya, ‘Raja Report Malaysia’ ini menyifatkan bahawa pekerja berkenaan dan pemilik pusat cuci kenderaan itu yang sepatutnya dipersalahkan dalam insiden ini.

“Nasib baik dia pukul, kalau saya, mungkin saya suruh pekerja itu berguling atas padang.

“Kepada pengurus-pengurus pusat cuci kenderaan, anda patut melatih, mendisiplinkan pekerja-pekerja anda supaya bersopan kepada pelanggan-pelanggan sebab kita lihat di stesyen pam minyak pekerja asing warga Bangladesh sungguh sopan… hati pelanggan sejuk,” katanya.

Rani juga Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia ditemui media selepas membuat laporan polis berhubung kes pukul pekerja Bangladesh itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Selasa.

Pada masa sama, Rani turut menyentuh mengenai masalah pekerja asing bersikap biadab yang sering dilihat di kedai makan dan restoran hingga menyebabkan ramai pelanggan marah.

“Bukan salah pelanggan, pekerja yang salah dan pengurus yang tak tahu mengurus pekerja sehingga mereka biadap kepada pelanggan,” tambahnya lagi.

Terdahulu, lelaki berusia 30-an dilaporkan ditahan bagi membantu siasatan dalam kes ini di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Free Malaysian Today

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=nDGnIoss4GI]

Tags: Rani Kulup
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRU-15: Rani Kulup Guna Slogan ‘Kipidap, Dongibab’

PRU-15: Rani Kulup Guna Slogan ‘Kipidap, Dongibab’

05/11/2022
0

Port Dickson : "Saya akan tumpukan kempen secara bersemuka dengan pengundi di seluruh Port Dickson," kata calon Bebas di kerusi...

Rani Kulup Terjatuh Ketika Main Boling, Terima 13 Jahitan

30/11/2016
0

FIGURA terkenal yang sinonim dengan jolokan ‘Raja Report Malaysia’, Abdul Rani Kulup dilaporkan terjatuh semasa bermain boling di pusat beli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd