• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ragbi Ulat Bulu Khusus Untuk Pemain OKU Beraksi

oleh
05/11/2015
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Lazimnya sukan ragbi sering dianggap sebagai permainan ganas dengan aksi tolak-menolak, bentes-membentes, terjah-menerjah dan jika tidak bernasib baik akan ‘dihempap’ ramai pemain lawan berbadan sasa.

Namun satu pertandingan ragbi khas berjaya diadakan di sebuah gimnasium di pinggir ibu kota Jepun baru-baru ini, yang direka khusus untuk golongan pemain cacat anggota fizikal kekal atau orang kelainan upaya (OKU).

Dalam pertandingan tersebut, penonton bagaimanapun pasti tidak dapat membezakan siapakah antara kalangan pemain terdiri daripada golongan normal atau pun OKU kerana semuanya diikat berselubung dan baring di lantai.

Dipanggil sebagai ragbi ulat bulu, ia memastikan permainan sama adil – tidak kira sama ada pesertanya seorang yang kurang upaya atau sempurna tubuh anggota dengan melibatkan keseluruhan 30 pemain turun beraksi.

Caterpillar rugby: a disabled-friendly sport

Menurut media tempatan, pakaian getah yang digunakan pemain pula memastikan para peserta terlibat tidak mengalami cedera dan sukan unik ini asalnya dicipta oleh Tomohiro Sawada dari Pertubuhan Sukan Yuru.

Bentuk pakaian tersebut seumpama tiub tersebut dihasilkan oleh Yumi Sada, seorang pereka wanita terkenal dalam arena fesyen OKU di negara ‘matahari terbit’ itu berasaskan kepada pergerakan lazim seekor ulat bulu.

Buat permulaan setiap pasukan diwakili oleh lima pemain dan mereka bertarung dalam kawasan berkeluasan separuh daripada saiz gelanggang bola keranjang dengan menggunakan ‘kudrat’ tangan sendiri untuk bergerak.

Setakat ini, peraturan permainan ragbi ulat bulu itu masih belum muktamad lagi, namun ia dijangka memberi peluang kepada OKU menikmati sukan tersebut dalam cara unik tersendiri. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: jepunOKUragbiulat bulu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Jepun hari ini digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 7.6 magnitud, mencetuskan panik di beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd