• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pro-Aspirasi Catat Rekod Tawan Semua 20 Universiti Awam

oleh
13/11/2015
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUAT julung kali dalam sejarah, kumpulan pelajar cenderung kepada pemerintah atau popular disebut Pro-Aspirasi menang besar pada pilihan raya universiti awam yang secara rasmi baharu berakhir lewat Khamis.

MYNEWSHUB difahamkan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) muncul sebagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang terakhir diumumkan telah dimenangi oleh Pro-Aspirasi untuk pemilihan tahun ini.

Ia sekali gus merupakan kemenangan terbesar di kesemua 20 buah universiti awam sejak tahun 2002 malah kumpulan itu telah berjaya merampas semula tiga ‘kubu kuat’ kumpulan pro-mahasiswa yang pro-pembangkang.

Ia melibatkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang selama ini dianggap sebagai ‘lubuk’ kepada pemimpin pelajar yang tegar antikerajaan.

Pro-Aspirasi merampas kembali UKM dengan menguasai 26 daripada 31 kerusi yang dipertandingkan, UM (34 kerusi berbanding enam dimenangi Pro-Mahasiswa) dan UIAM (12 kerusi manakala 11 dikuasai Pro-Mahasiswa).

Ia juga melakar sejarah mendominasi sepenuhnya Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) apabila masing-masing 28 kerusi, 48 kerusi dan 33 kerusi.

Kumpulan ini turut dilaporkan ‘menyapu’ bersih kerusi di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) (14-0), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (24-0) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) (29-0).

image

Carta Keputusan Pilihan Raya Kampus IPTA Sesi 2015/2016:

Screen Shot 2015-10-30 at 3.02.13 PM

prk

Baca: Anak Muda Di Universiti Kembali Menyokong Kerajaan

Mengulas isu itu, Presiden Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Saiful Azhar Shaharun, berkata keputusan cemerlang tersebut adalah manifestasi jelas bahawa mahasiswa tidak terkesan dengan politik nasional.

“Ini merupakan isyarat nyata dan tanda sokongan mahasiswa kepada kepimpinan serta pihak kerajaan sedia ada yang sentiasa menjaga kebajikan mahasiswa 20 buah IPTA melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.

“Apabila kerajaan mengembalikan portfolio pengajian tinggi kepada kementerian berasingan menerusi rombakan Kabinet baru-baru ini, ia merupakan tanda penghargaan dan tindakan bijak pihak kerajaan sendiri,” katanya.

Ramai penganalisis melihat keputusan amat memeranjatkan itu sebagai isyarat ‘pengundi atas pagar’ mula bersuara sokong calon Pro-Aspirasi dan menolak politik kebencian disemai Pro-Mahasiswa terhadap kerajaan.

Himpunan haram Bersih 4.0 berlangsung menjelang Hari Kebangsaan juga menyebabkan ramai pelajar ‘majoriti senyap’ turun mengundi sebagai tanda bantahan atas kebiadapan peserta demonstrasi pro-pembangkang itu.

Bertambah menarik, kejayaan ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ atau ‘Baju Merah’ pada sambutan Hari Malaysia 16 September telah menarik ramai pelajar Melayu yang biasa ‘malas’ mengundi berubah menunaikan tanggungjawab.

Sekadar maklumat, pilihan raya kampus tahunan di semua 20 buah IPTA di Malaysia sesi kali ini yang bermula sejak September lalu dianggap sebagai indikator kepada gambaran secara umum suasana semasa politik Malaysia.

Lazimnya jika pemilihan di UM dan USM, keputusan itu menjadi petunjuk ‘pola pengundian’ masyarakat bandar, sementara UiTM, UIAM dan UKM pula merujuk kepada corak kecenderungan pengundi kawasan majoriti Melayu.

Secara keseluruhan untuk keputusan pilihan raya kampus sesi 2015/2016, calon Pro-Aspirasi telah memenangi 520 kerusi, manakala Pro-Mahasiswa hanya sejumlah 96 kerusi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: IPTApro-aspirasi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Tampar Imam Masjid Negara Didenda RM12,000

Next Post

Miliki 10 Mahkota Ditempah Khas, Paling Mahal RM100K – Datuk Vida

Related Posts

KPT Akan Umum Mekanisme Yuran IPTA Golongan Kaya

KPT Akan Umum Mekanisme Yuran IPTA Golongan Kaya

19/10/2024
0

MANJUNG - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengumumkan mekanisme pelaksanaan baharu kadar yuran institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada kumpulan...

Kelantan Sedia Bas Untuk Pelajar Pulang Mengundi

Kelantan Sedia Bas Untuk Pelajar Pulang Mengundi

06/07/2023
0

KOTA BHARU: Kerajaan negeri membuat ketetapan menyediakan perkhidmatan pengangkutan bas kepada penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian...

Next Post

Miliki 10 Mahkota Ditempah Khas, Paling Mahal RM100K - Datuk Vida

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd