• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pos Malaysia Lancar Setem Khas Sempena Minggu Setem 2015

oleh Ahmad Albab
27/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setem khas berukuran 35mm x 35mm yang menampilkan ilustrasi tiga kanak-kanak sekolah yang menunjukkan minat mengumpul setem akan dilancarkan sempena Minggu Setem 2015, yang bermula esok hingga Isnin depan (2 Nov).

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Azlan Shahrim berkata reka bentuk setem itu mempamerkan ‘OMG (Oh Memang Gempak) Kembara Setem’ iaitu satu program anjuran Pos Malaysia untuk membudayakan aktiviti mencintai setem Malaysia dalam kalangan generasi muda dengan mengetengahkan sejarah pos dan filateli serta setem di Malaysia.

“Kelab Setem dan Filateli OMG terdiri daripada para pelajar, guru dan kakitangan sokongan sekolah yang berminat dalam aktiviti mengumpul setem sebagai hobi. Ia juga menjadi platform bagi ahli-ahli kelab untuk berkongsi maklumat dan minat mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata selain pelancaran setem khas itu, terdapat juga cap pembatalan setem khas bagi setiap hari sepanjang Minggu Setem itu berlangsung.

“Pengumpul setem dan orang ramai digalakkan mendapatkan semua tujuh cap pembatalan setem khas setiap hari dan satu cap pembatalan kasyet yang boleh didapati secara eksklusif sempena Minggu Setem 2015,” katanya.

Azlan berkata turut mengiringi setem khas berharga 60sen itu adalah produk filateli seperti Sampul Surat Hari Pertama (53sen), Sampul Surat Hari Pertama dengan Setem (RM1.15), lembaran setem (RM12) dan set folder (RM19.10).

Untuk maklumat, orang ramai boleh melayari www.pos.com.my atau datang ke mana-mana cawangan Pos Malaysia atau Bahagian Setem dan Filateli di Aras 1, Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kompleks Dayabumi, Kuala Lumpur.

Juga boleh menghubungi talian 03-22672267 atau emel ke [email protected] untuk sebarang pertanyaan. – BERNAMA

Tags: Pos Malaysiasetem
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Makes History With 100% Medal Sweep At Five Nations 2025 In Bandung, Indonesia

Malaysia Makes History With 100% Medal Sweep At Five Nations 2025 In Bandung, Indonesia

30/11/2025
0

BANDUNG, INDONESIA — Malaysia achieved a spectacular and record-breaking triumph at the Five Nations 2025 Stamp Exhibition, hosted by Indonesia...

Pos Malaysia Naikkan Kadar Pos Komersial

29/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan melaksanakan semakan semula kadar pos komersial berkuatkuasa 1 Februari, 2020, dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd