• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKS Terima Manfaat Lebih RM1.3b Dalam Bajet 2016

oleh Ahmad Albab
23/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menerima manfaat lebih RM1.3 bilion dalam Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Antaranya ialah tambahan RM1 bilion kepada Skim Dana Pembiayaan PKS Patuh Syariah sehingga 31 Dis 2017 dengan kerajaan menanggung dua peratus daripada kadar keuntungan pembiayaan.

Kerajaan turut memperuntukkan RM107 juta untuk Pelan Induk PKS bagi pemberian dana pada pelbagai peringkat perniagaan dan RM60 juta bagi Skim Anjakan Usahawan dan Skim Peningkatan Kapasiti serta Keupayaan PKS.

Sejumlah RM18 juta diperuntukkan untuk memperluaskan Projek Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) dan Projek Automative Workshop Modernisation (ATOM).

Selain itu, kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM200 juta menerusi dana pinjaman mudah SME Technology Fund yang akan ditubuhkan di bawah SME Bank dengan kadar faeadh empat peratus.

Bagi terus meningkatkan eksport, PKS diberi kelonggaran mematuhi syarat nilai tambah iaitu daripada 30 peratus kepada 20 peratus, dan 50 peratus kepada 40 peratus bagi produk perkilangan.

“Kelonggaran ini akan diberikan bagi tahun taksiran 2016 hingga 2018,” kata Najib semasa mengumumkan perkara itu.

Pada masa ini, PKS boleh menuntut pengecualian cukai pendapatan sebanyak 10 atau 15 peratus daripada nilai peningkatan eksport.

Bagi menggalakkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam syarikat dengan modal berbayar tidak melebih RM2.5 juta, PKS layak menuntut potongan cukai dua kali secara automatik ke atas perbelanjaan sehingga RM50,000 bagi setiap tahun taksiran.

Potongan tersebut berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2016 sehingga 2018. – BERNAMA

Tags: Bajet 2016Perusahaan Kecil dan Sederhana
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pakej PRIHATIN Tambahan Tepat, Menyeluruh

07/04/2020
0

SEREMBAN - Pakej PRIHATIN Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tambahan berjumlah RM10 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri...

Muhyiddin Petik Nama 3 Pengusaha PKS

06/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Jika Perutusan Khas terdahulu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memetik nama Mak Cik Kiah, hari ini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd