• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pindaan Akta Pembangunan Sukan, Bolehkan Pilihan Hukuman

oleh Ahmad Albab
09/10/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Akta Pembangunan Sukan 1997 mungkin akan dipinda bagi memberi lebih banyak pilihan kepada Pesuruhjaya Sukan dalam memutuskan hukuman terhadap persatuan sukan, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata Pesuruhjaya Sukan, Datuk Zaiton Othman menghadapi kesulitan dalam membuat keputusan mengenai hukuman yang wajar diterima oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) susulan kekecohan semasa kempen Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Arab Saudi, bulan lepas.

“Sekarang dari segi denda untuk persatuan seperti FAM tidak banyak, dalam RM50,000 sahaja dan pilihan lain pula terus penggantungan. Satu terlalu drastik dan satu lagi terlalu ringan.

“Jadi mungkin kita perlu fikirkan dari segi perundangan untuk masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada peserta Garmin MP Step Challenge, di sini, hari ini.

Sebelum ini beliau berkata FAM berkemungkinan akan digantung sekiranya Pejabat Pesuruhjaya Sukan tidak berpuas hati dengan laporan yang dikemukakan oleh badan induk bola sepak negara itu.

Khairy berkata beliau telah meminta Zaiton untuk mengkaji implikasi tindakan yang akan diambil terhadap FAM bagi mengelakk ia memberi kesan buruk kepada bola sepak negara secara keseluruhannya.

Katanya penggantungan terhadap FAM boleh mengundang tindakan drastik daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), yang jelas tidak membenarkan sebarang campur tangan kerajaan dalam pentadbiran ahli gabungannya.

“Pendapat popular hari ini ialah minta tindakan drastik terhadap FAM, mungkin mereka tidak fikir soal kesan selepas itu apabila penggantungan dibuat oleh FIFA terhadap persatuan bola sepak negara, hendak dapat semula persetujuan FIFA untuk dimasukkan semula amat sukar,” katanya.

Pada 5 Okt lepas, FIFA mengumumkan hukuman terhadap FAM susulan kekecohan pada perlawanan menentang Arab Saudi itu.

Selain denda RM180,000 berserta amaran dan kemenangan percuma 3-0 kepada Arab Saudi, Malaysia turut dihukum bermain satu perlawanan tanpa kehadiran penyokong apabila menentang Emiriah Arab Bersatu pada 17 Nov ini. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinSukan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd