• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Disaran Dapatkan Hak Paten Ciptaan

oleh Ahmad Albab
24/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Pereka dan pencipta dalam perkhidmatan awam di Sarawak perlu mendapatkan hak paten bagi hasil ciptaan mereka, kata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata dengan berbuat demikian, ia akan menghalang pihak-pihak daripada mengeksploitasikan bagi tujuan komersial atau mengambil kredit terhadap ciptaan orang lain.

Katanya terdapat ramai penjawat awam yang berbakat, kreatif dan inovatif.

“Ini terbukti apabila ada yang mewakili negeri pada pertandingan inovasi dan kreativiti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta memenangi hadiah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian hadiah bersempena Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif 2015 tahunan perkhidmatan awam negeri di sini malam tadi.

Adenan berkata kakitangan kerajaan perlu kreatif dan inovatif ke arah menjadi perkhidmatan awam bertaraf dunia.

“Tidak kira betapa kecil atau besar ciptaan atau rekaan anda, ia dapat menyumbang kepada peningkatan sistem penyampaian dan juga cara hidup rakyat.

“(Jadi) teruskan mencipta, teruskan berinovasi supaya kita dapat menambah baik,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri sangat berminat untuk memiliki ‘drone’ bagi membantu memerangi aktiviti pembalakan haram.

“Banyak kawasan boleh dipantau secara efektif menerusi drone untuk melihat dalang yang terlibat,” katanya.

Dalam pertandingan inovasi dan kreativiti tahun ini, Jabatan Tanah dan Survei Kuching serta Jabatan Kerja Raya Miri masing-masing menerima Trofi Ketua Menteri bagi kategori pengurusan dan teknikal.

Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, sebuah trofi dan sijil. – BERNAMA

Tags: Adenan Satem
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemuda Maut Terlanggar Kerbau Di Langkawi

Next Post

Sebanyak 27 Kawasan Catat IPU Tak Sihat Setakat 9 Pagi

Related Posts

Namakan Lapangan Terbang Kuching Sempena Adenan

05/04/2017
0

KUCHING - Seorang bekas menteri Sarawak, Tan Sri Leonard Linggi Jugah hari ini mencadangkan supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di...

Watson Nyambek Bantu Calon BN PRK Tanjong Datu

12/02/2017
0

KUCHING - Sokongan padu rakyat dan cetusan semangat terus diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Next Post

Sebanyak 27 Kawasan Catat IPU Tak Sihat Setakat 9 Pagi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd