• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengerusi PAC Sokong Cadangan Angkat Sumpah Simpan Rahsia

oleh Ahmad Albab
23/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR- Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin menyokong cadangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya semua anggota PAC mengangkat sumpah menyimpan rahsia.

Hasan, yang juga Anggota Parlimen Rompin berkata bagaimanapuna, ia terpulang kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk menetapkan sama ada semua anggota PAC perlu mengangkat sumpah atau tidak.

“Selaku Pengerusi PAC, saya menyerahkan kepada kuasa serta budi bicara Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam soal ini berdasarkan kuasa yang diberikan sebagai Speaker Dewan Rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam yang juga Ketua Whip Anggota Parlimen Barisan Nasional yang mencadangkan semua anggota PAC mengangkat sumpah simpan rahsia bagi memastikan maklumat serta dokumen siasatan jawatankuasa itu sentiasa terpelihara.

Menurut Ahmad Zahid, angkat sumpah rahsia itu bertujuan mengelakkan berlakunya kebocoran dokumen atau maklumat siasatan selain memastikan semua perkara yang dibincang dalam mesyuarat PAC tidak dibawa keluar.

Hasan berkata PAC sentiasa terbuka kepada mana-mana cadangan daripada rakyat dan kumpulan termasuk parti politik bagi tujuan penambahbaikan jawatankuasa berkenaan.

Beliau berkata tugas serta tanggungjawab PAC tertakluk kepada Peraturan Dewan Dewan Rakyat dan menjadi tugas semua anggota jawatankuasa itu mematuhi peraturan dewan seperti yang ditetapkan serta bertanggungjawab pada Parlimen.

“Saya berharap semua anggota jawatankuasa PAC menyedari bahawa mereka tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat, yang secara jelas dan nyata menyatakan semua bukti yang dibawa di hadapan jawatankuasa ini perlu dibentangkan terlebih dahulu kepada Dewan Rakyat sebelum ia dijadikan dokumen awam,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hasan ArifinPAC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

PAC Dedah Kabinet Lulus Dua Sistem Pengurusan Pekerja Asing Laksana Fungsi Sama

PAC Dedah Kabinet Lulus Dua Sistem Pengurusan Pekerja Asing Laksana Fungsi Sama

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2015 meluluskan dua sistem pengurusan pekerja asing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd