• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Gombak Diminta Simpan Air

oleh Ahmad Albab
17/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kawasan Gombak di sini dijangka mengalami gangguan bekalan air bermula pukul 7 pagi pada 20 Oktober ini.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Amin Lin Abdullah berkata, ia berikutan penutupan bekalan air daripada Empangan Batu.

“Kerja pembaikan ke atas paip bocor di Empangan Batu serta penggantian kelengkapan kritikal akan dilaksanakan pada 20 Oktober 2015 dari pukul 7 pagi hingga 10 malam.

“Dukacita dimaklumkan untuk memudahkan kerja-kerja pembaikan dan penggantian, bekalan air daripada Empangan Batu terpaksa ditutup. Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja pembaikan dan penggantian secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, kata Amin Lin, orang ramai di kawasan Gombak dinasihati supaya menyimpan bekalan air yang mencukupi sebelum 20 Oktober 2015.

Kata beliau, kawasan-kawasan di Gombak yang akan mengalami gangguan bekalan air adalah seperti berikut.

Tanah Gantian Sungai Tua; Kampung Sungai Kertas; Taman Jasa Utama; Taman Jasa; Kampung Sungai Tua Baru; Kampung Nakhoda; Kampung Laksamana; Kampung Wira Damai; Jalan Sungai Tua; Taman Batu Caves; Taman Selayang; Taman Amaniah; Taman Gombak Permai; Kampung Bahtera Wira Damai; Taman Suria Selayang; Taman Selayang Mutiara; Jalan Batu Caves; Kampung Bendahara; Taman Selayang Mulia; Taman Rowther; Bandar Baru Selayang Fasa 2A dan Fasa 2B; Kampung Mahkota; Kampung Baru Batu Caves; Indian Settlement; Taman Raintree; Taman Bukit Permata; Taman Indah Permai; Taman Selaseh Fasa 1 dan Fasa 2; Taman Samudera; Taman Koperasi Polis Fasa 1 dan Fasa 2; Taman Karak; Selayang Baru; Taman Greenwood dan Taman Batu.

Kawasan lain termasuk Kampung Dato Karim; Taman Melewar; Kampung Changkat; Kampung Padang Balang; Taman Gombak; Taman Gombak Ria; Taman Greenwood Indah; Taman Changkat Desa; Kampung Lembah Melewar; Medan Batu Caves; Taman Sri Batu Caves; Taman Desa Batu Caves; Taman Selaseh Indah; Dolomite Business Park; Paerusahaan Batu Caves; Taman Berjaya; Banjaria Court; PPRT Wahyu; Taman Jasa Perwira; Taman Wahyu; Taman Pelangi; Kampung Batu Muda; Kampung Batu Muda Tambahan; Taman Batu Muda; Taman Bullion Mewah; Taman Samudera Teres; Taman Laksamana Puri; Taman Sunway Batu Caves; Kampung Selayang Indah; Taman Sri Selayang; Dataran Selayang; Taman Selayang Segar; Taman Batu View; Kampung Selayang Lama; Batu 5 hingga Batu 9 Jalan Ipoh; Pasar Borong Kuala Lumpur dan TESCO Selayang.

Kawasan kritikal lain yang akan mengalami gangguan bekalan air adalah Pusat Dialisis Islah – Taman Bolton, Pusat Dialisis Yayasan ATM Veteran dan Pusat Dialisis MAIWP – PICOMS. – Mynewshub.cc

Tags: air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

SPAN Pinda Akta 655, Cadang Larang Air Diguna Tujuan Tidak Penting

SPAN Pinda Akta 655, Cadang Larang Air Diguna Tujuan Tidak Penting

26/09/2023
0

PUTRAJAYA: Penggunaan air untuk tujuan tidak penting seperti menyiram rumput dan taman mungkin akan dikenakan sekatan selepas ini, terutama ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd