• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembenihan Awan Di Johor Tampung Air Empang

oleh Ahmad Albab
12/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ) melakukan pembenihan awan mulai hari ini hingga hujung bulan ini bagi menampung kekurangan bekalan air di beberapa empangan.

Pengarahnya Mohd Riduan Md Ali berkata 20 penerbangan menggunakan pesawat Cessna dari Terminal Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, dijangka dilakukan bagi tujuan terbabit dengan setiap penerbangan mengambil masa antara dua hingga tiga jam.

“Pembenihan ditumpukan di kawasan Empangan Sungai Layang dekat Masai dan Sungai Lebam dekat Kota Tinggi.

“Beberapa empangan termasuk Empangan Machap dekat Kluang, Empangan Chongok dekat Mersing, Empangan Juaseh dekat Segamat dan Empangan Sembrong dekat Kluang,” katanya.

Mohd Riduan berkata pihaknya menerima kerjasama daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) dan Civil Aviation Singapore (CAS) untuk melakukan pembenihan.

Ketika ini Empangan Sungai Layang mencatatkan paras 19.7 meter melebihi paras kritikal 23.5 meter manakala Empangan Sungai Lebam mencatatkan paras 8.78 meter melebihi paras kritikal 12.27 meter.

Khamis lalu, SAJ Holdings (SAJ) memaklumkan lanjutan Bekalan Air Berjadual (BAB) di sebahagian Johor Baharu dan Pengerang dilakukan sehingga 15 Nov ini berikutan paras air di Empangan Sungai Layang dan Sungai Lebam belum menunjukkan perkembangan positif. – BERNAMA

Tags: empanganJohorPembenihan Awan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Johor mencatatkan peningkatan membanggakan apabila Gred Purata Negeri (GPN)...

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

31/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor kini sedang memperincikan pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat, susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd