• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Hadapi Masalah Kewangan Dibantu Belajar Di IPT Tempatan

oleh Ahmad Albab
17/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Kerajaan sedang membantu pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian peringkat ijazah di luar negara yang menghadapi masalah kewangan berikutan kejatuhan nilai ringgit, untuk pulang menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi tempatan (IPT).

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata antara langkah yang diambil ialah melalui pemindahan kredit secara mendatar yang diumumkannya pada 23 Sept lepas dan kini mendapat banyak pertanyaan daripada pelajar Malaysia di luar negara.

“Ia memberi impak yang positif dan memudahkan cara jika pelajar kita di luar negara merasakan mereka perlu pulang ke negara ini untuk sambung belajar, bagaimanapun, jumlah mereka yang terbabit belum diketahui,” katanya kepada pemberita pada program Jelajah Kementerian Pendidikan Tinggi – Soaring Upwards, di sini hari ini.

Idris berkata pelajar yang ingin menyambung pengajian di IPT dalam negara boleh membuat permohonan terus melalui IPT pilihan mereka berdasarkan keputusan Senat.

Sementara itu, beliau berkata kementeriannya sedang menjelajah ke seluruh negara untuk memberi kesedaran kepada rakyat berhubung usaha meningkatkan taraf pendidikan tinggi di negara ini.

Beliau berkata mesej yang hendak disampaikan kepada rakyat ialah sistem pendidikan tinggi Malaysia sudah setanding dengan mutu universiti di luar negara. – BERNAMA

Tags: IPT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Beli Foto Lama Samseng Cuma RM8 Kini Harga RM21 Juta

Next Post

Bantuan Kewangan Kepada “Sunset Industry” Harus Dikaji

Related Posts

KPT Serah Kepada Polis Siasat Kes Pelajar IPT Ditahan Bersama Ganja

KPT Serah Kepada Polis Siasat Kes Pelajar IPT Ditahan Bersama Ganja

16/11/2024
0

KANGAR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes melibatkan empat pelajar sebuah institut pengajian tinggi (IPT) yang ditahan...

Cabaran AI, Pendidikan IPT Perlu Dikemas Kini Ikut Perkembangan Semasa

Cabaran AI, Pendidikan IPT Perlu Dikemas Kini Ikut Perkembangan Semasa

22/08/2024
0

TAPAH - Institusi pengajian tinggi (IPT) perlu memastikan pembelajaran sentiasa dikemas kini mengikut keperluan semasa, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk...

Next Post

Bantuan Kewangan Kepada "Sunset Industry" Harus Dikaji

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd