• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Sifatkan Pakatan Harapan Parti ‘Bas Ekspres’

oleh Ahmad Albab
27/10/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS menyifatkan Pakatan Harapan sebagai sebuah parti ‘bas ekspres’ yang tidak mungkin mencapai matlamat dalam membela rakyat di negara ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS tidak akan berkompromi dengan Pakatan Harapan malah akan terus menjadi sebuah parti pembangkang yang berpegang teguh kepada prinsip sebuah parti berteraskan Islam.

“PAS tidak akan menyertai sebarang rangka yang tidak berteraskan Islam kerana kami tidak mungkin naik bas ekspres yang tidak sampai destinasi yang hendak dituju, lepas itu kena jalan kaki.

“Kami mahu proses demokrasi yang beradab serta berakhlak dan tidak melupai konsep Raja Berperlembagaan malah pada masa sama mesti memelihara hubungan masyarakat majmuk,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada September lepas mengumumkan bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) bersetuju menubuhkan pakatan pembangkang baharu dikenali sebagai Pakatan Harapan.

Abdul Hadi juga yakin PAS yang selama ini bersendirian akan terus berjuang sebagai sebuah parti yang memberi harapan kepada rakyat.

“Kami tidak punyai (harapan) dengan (Pakatan) Harapan, kami akan sampai ke destinasi yang kami mahukan. PAS tidak bergantung kepada mana-mana parti, yang bergantung itu parti lain,” kata anggota Parlimen Marang itu.

Bagaimanapun, katanya PAS tidak bongkak dengan kekuatan yang dimiliki parti berusia 64 tahun itu sebaliknya sedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk Barisan Nasional (BN), DAP dan PKR dalam semua perkara demi kepentingan rakyat.

“Kerjasama ini adalah kerana PAS lebih memelihara hubungan dengan rakyat bukan sahaja dengan anggota Parlimen. Kami sedia berbahas di Parlimen atau bertemu dengan pihak kerajaan dengan mengetengahkan pelbagai alternatif yang mementingkan hak rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hadi Awangpakatan harapanPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd