• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS: Pakatan Harapan = Pakatan Berjerebu!

oleh Ahmad Albab
14/10/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS Kedah menyifatkan Pakatan Harapan yang ditubuhkan oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) baru-baru ini sebagai sebuah `pakatan berjerebu’.

Pesuruhjayanya, Dr. Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, Pakatan Harapan ibarat `pakatan berjerebu’ kerana ia dibentuk tanpa mengenal realiti sebenar arena politik di bumi Malaysia.

“Hakikat yang mesti diterima ialah PAS adalah parti pembangkang yang dominan di Kedah, maka sebarang persepakatan janggal dan tidak bermakna tanpa PAS,” tegasnya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

Beliau turut membidas PKR kerana menggerakkan Pakatan Harapan dan mendakwa Pengerusi Perhubungan PKR Kedah, Dr. Azman Ismail berbohong konon wujud masalah komunikasi menyebabkan PAS tidak menyertai `pakatan berjerebu’.

“Tidak benar wujudnya “masalah komunikasi” antara PAS dan PKR seperti didakwa oleh Pengerusi Perhubungan PKR Kedah kerana PAS tidak pernah dihubungi.

“Apakah tindakan PKR itu bermaksud kerjasama dengan PAS sudah tidak diperlukan dan mahu mencabar PAS supaya bertanding di kesemua kerusi DUN,” tegas Ahmad Fakhruddin.

Beliau turut membidas PKR kerana tidak menghargai jalinan kerjasama dengan PAS selama ini kerana PAS bermurah hati menyerahkan 12 kerusi di Kedah untuk ditandingi PKR dan DAP sebelum ini.

Justeru, beliau menasihatkan PKR agar jangan tersalah langkah kerana terikut-ikut dengan percaturan politik pemimpin tertentu yang mungkin boleh membawa kemudharatan. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=wzshg1lyz0k

Tags: pakatan harapanpakatan rakyatPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd