• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orlando Bloom Ceriakan Kanak-Kanak Pelarian Syria

oleh AK-47
02/10/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KRISIS yang melanda ratusan ribu pelarian Syria di benua Eropah ternyata mengundang simpati dan mendapat perhatian seluruh dunia termasuk aktor Hollywood terkenal, Orlando Bloom.

Bertindak atas dasar kemanusian, pelakon yang popular dengan filem The Lord of the Rings dan Pirates of the Caribbean ini dilaporkan telah mengadakan lawatan di sebuah pusat penyambut pendatang asing.

Ia terletak di Gevgelija berhampiran dengan sempadan Greece-Macedonia yang menjadi tumpuan ramai pelarian akhir-akhir ini sebelum mereka transit ke negara-negara Eropah lain.

Orlando yang mengenakan seluar jeans, baju kemeja-T UNICEF dan jaket berhud dilihat beramah mesra dan bermain dengan kanak-kanak pelarian Syria.

orlando-bloom-800

MMV801005_TEN

2CE621CF00000578-3253635-image-a-21_1443540552452

2CE6282E00000578-3253635-image-a-23_1443540600428

2CE6296E00000578-3253635-image-a-19_1443540538655

2CE615B400000578-3253635-image-a-20_1443540547327

Menurut seorang jurugambar AFP, Orlando turut mengambil peluang memetik beberapa gambar kanak-kanak yang sedang menari di hadapannya menggunakan telefon bimbit.

Apa yang dilakukan oleh aktor kacak berusia 38 tahun itu sedikit sebanyak telah memberikan keceriaan kepada kanak-kanak tersebut.

Sementara itu, Orlando yang merupakan duta muhibah UNICEF, sebuah agensi kanak-kanak antarabangsa di bawah PBB dilaporkan enggan bercakap kepada pihak media mengenai lawatannya itu.

Sekadar informasi, mereka yang berada di kem berkenaan merupakan pendatang asing yang sedang menunggu ketibaan kereta api untuk melakukan perjalanan ke sempadan Serbia. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=H-d1NLzpuxQ

Tags: Orlando Bloompelarian Syria
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Musibah Ditusuk Dingin

11/12/2018
0

QABASIN, SYRIA - Terselamat daripada perang namun maut akibat kesejukan. Itu antara nasib menimpa pelarian Syria berikutan tidak mempunyai pakaian...

Trump Tarik Diri Krisis Di Syria

31/03/2018
0

FLORIDA - Presiden Donald Trump dilapor memberitahu penasihatnya bahawa beliau mahu menarik balik penyertaan tentera Amerika Syarikat dari Syria dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd