• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Memiliki Pistol Tiruan Tetap Salah Dari Segi Undang-Undang

oleh Ahmad Albab
22/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan memiliki senjata api tiruan tetap menjadi satu kesalahan undang-undang walau atas apa alasan sekalipun.

“Saya ingin ingatkan sesiapa juga jangan jadikan apa-apa alasan untuk miliki senjata api tiruan kerana ia tetap salah dari segi undang-undang,” katanya.

Beliau mengulas penahanan seorang bekas vokalis kumpulan terkenal era 90-an kerana memiliki senjata api tiruan di Sentul di sini awal pagi semalam. Dia dibebaskan petang semalam.

Penyanyi berusia lingkungan 40-an itu dilaporkan berkata pistol itu hanyalah mainan untuk menembak cicak di rumah dan tidak menyedari menjadi kesalahan untuk memiliki pistol mainan.

“Polis akan menjalankan siasatan lanjut di bawah Akta Senjata Api 1960,” kata Khalid kepada pemberita selepas menghadiri Dialog Keselamatan Antarabangsa Putrajaya yang pertama di sini, hari ini.

Ia dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Khalid berkata apa yang dijelaskannya itu bukan perkara baharu dan orang ramai sepatutnya memberi perhatian terhadapnya. – BERNAMA

Tags: khalid abu bakarPistol Tiruan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Hanya Bertindak Mengacu Pistol Tiruan, Bukan Tembak

Saya Hanya Bertindak Mengacu Pistol Tiruan, Bukan Tembak

27/07/2025
0

KUANTAN: "Saya cuma mengugut untuk menembak lelaki berkenaan menggunakan pistol tiruan selepas dia bercakap begitu kasar serta biadap dengan ibu...

Selepas Hamid Bador, Kini Khalid Abu Bakar Pula

05/05/2021
0

PADA 22.4.2021 bekas Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar telah hantar surat tuntutan (LOD) kepada Tun M. Ia ekoran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd