• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Mayat’ Hidup Beberapa Minit Sebelum Bedah Siasat Dijalankan

oleh Ahmad Albab
15/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

NYARIS maut…seorang pesakit terselamat dari maut hanya beberapa minit sebelum bedah siasat dilakukan ke atasnya, selepas doktor yang merawatnya telah melakukan kesalahan mengisytiharkannya meninggal dunia di Mumbai.

Lelaki itu yang tidak dinamakan, berusia 45 tahun telah ditemui tidak sedarkan diri di stesen bas akibat jangkitan di telinga dan tidak bermaya.

Dia kemudiannya dibawa ke hospital oleh polis dan diisytiharkan meninggal dunia oleh Dr. Rohan Rohekar selepas memeriksa nadinya.

Doktor terbabit kemudiannya mengarahkan `mayat’ itu dibawa ke rumah mayat, bertentangan dengan peraturan hospital yang mengkehendaki mayat ditahan di wad biasa selama dua jam untuk tempoh bertenang.

Namun ketika lelaki itu sedang disediakan untuk bedah siasat, dua pembantu perubatan terkejut apabila mendapati dia bernafas. Mereka kemudiannya berlari ke wad biasa dan memaklumkan kepada doktor.

Dr. Rohan pula pada masa sama dituduh mengoyak laporan kematian itu dan turut memadamkan kemasukannya ke wad selepas menyedari dia melakukan kesilapan.

Malah pegawai polis yang tiba di hospital untuk memfailkan laporan kemalangan itu telah dihalang memasuki wad oleh staf di hospital terbabit.

“Ia jelas satu kes serius kecuaian yang dilakukan oleh doktor.

“Kita telah meminta pengarah hospital untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam insiden ini.

“Sebaik sahaja laporan siap, kita juga akan mengambil tindakan,’’ kata pegawai polis Inspektor Yeshudas Gorde. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bedah SiasatIndia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

24/02/2026
0

LUCKNOW – Ketegangan yang tercetus di sebuah universiti awam di India akhirnya bertukar menjadi simbol harapan dan perpaduan, apabila pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd