• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Wajib Dipimpin Orang Melayu, Kata Presiden PAS

oleh Ahmad Albab
09/10/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia wajib dipimpin oleh kaum Melayu beragama Islam walaupun negara ini terdiri daripada masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dan agama, demikian tegas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataannya bertajuk ‘Malaysia Majmuk dan Kepimpinan Muslim hari ini’.

Kata Abdul Hadi, Islam telah lama bertapak di Malaysia tetapi kedatangan penjajah barat telah mengubah landskap negara menjadi masyarakat bersama kaum yang dipaksa datang sehingga menjadi majmuk.

“Namun Islam tidak boleh dihapuskan walaupun negara mengikut konsep Islam sepenuhnya dilemahkan oleh penjajah. Penganut Islam tetap menjadi kumpulan majoriti rakyat berbilang kaum dan agama.

“Berasaskan pelaksanaan Islam yang tersebut, daripada ajaran Islam dan sejarahnya, maka wajib ditegakkan pemerintahan dengan cara yang betul bersama kepimpinan negara beragama Islam daripada bangsa Melayu,” katanya.

Presiden PAS dalam pada itu menegaskan, semua ideologi dan teori yang memisahkan ajaran agama daripada politik, ekonomi dan pengurusan bermasyarakat tidak mampu mengawal fanatik dan cauvinisma yang merumitkan masalah sedia ada serta mengundang masalah baru.

“Kenyataan ini bukan kerana taksub kepada Islam atau kaum bangsa, tetapi melalui hakikat yang wujud dalam ajaran Islam dan perbezaannya dengan ideologi-ideologi lain,” tegas Abdul Hadi.

Kata beliau, kepimpinan Melayu bagaimanapun wajib berlaku adil terhadap masyarakat majmuk berbagai agama dan kaum dan melibatkan mereka dalam urusan politik pemerintahan dan kehidupan bermasyarakat seperti ekonomi, pendidikan dan lain-lain.

“Hanya Islam yang mempunyai roh perhitungan beribadat kepada Allah dalam aspek pemerintahan dan adanya perhitungan dosa dan pahala terhadap segala tindakan kerajaan, dapat memimpin masyarakat majmuk dengan adil dan berkebajikan terhadap semua,” katanya.

Meskipun Abdul Hadi tidak menyebut pihak cauvinisma dalam penulisannya itu, ia bagaimanapun dipercayai menjurus kepada DAP yang kini mendapat kerjasama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) untuk merampas pentadbiran negara dalam pilihan raya umum ke-14. - MYNEWSHUB.CC

Tags: Hadi AwangMelayuPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menafikan dakwaan partinya dan BERSATU bersetuju untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd