• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Perlu Lebih Ramai Pakar Perubatan Kecemasan

oleh Ahmad Albab
12/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia memerlukan lebih ramai pakar perubatan kecemasan bagi memastikan perkhidmatan perubatan kecemasannya berjalan dengan berkesan, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.

“Banyak yang sudah kita capai sejak memulakan perkhidmatan ini pada tahun 1998, daripada hanya tiga pakar perubatan kecemasan kepada 208 pakar sekarang dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai di banyak tempat di negara ini.

“Bagaimanapun jumlah ini masih tidak mencukupi,” katanya semasa merasmikan Persidangan Klinikal Antarabangsa keempat mengenai Perubatan Kecemasan 2015 di sini, hari ini.

“Disebabkan beberapa cabaran yang sukar, kita memerlukan perkhidmatan perubatan kecemasan dan trauma yang dikendalikan dengan baik, efisien dan efektif,” katanya.

Presiden Persatuan Traumatologi dan Perubatan Kecemasan Malaysia, Datuk Seri Dr. Abu Hassan Asaari berkata dalam lima tahun akan datang, negara akan memerlukan 500 hingga 600 pakar bukan sahaja bagi hospital pakar malahan hospital negeri dan daerah.

“Kita sekarang memerlukan tiga pakar di setiap hospital, akan tetapi kebanyakan hospital di Malaysia hanya mempunyai seorang pakar perubatan kecemasan, dan beliau tidak boleh berada di sana 24 jam,” katanya.

Persidangan tiga hari tersebut dianjurkan Persatuan Traumatologi dan Perubatan Kecemasan Malaysia dihadiri oleh 386 kakitangan perubatan, pelajar perubatan dan penyelamat daripada pelbagai agensi di seluruh negara.

Terdapat juga penceramah dari negara-negara lain. – BERNAMA

Tags: Hilmi Yahayakesihatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kesihatan Abdul Hadi Merosot

Kesihatan Abdul Hadi Merosot

01/07/2023
0

Kuala Terengganu : Kesihatan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang merosot dan kini sedang dirawat di hospital. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Ekonomi Dan Kesihatan Harus Seimbang – Ismail Sabri

01/02/2021
0

GOMBAK - Kerajaan perlu memastikan kehidupan dan kesihatan rakyat dalam keadaan seimbang dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd