• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Parti Gerakan Cabar Hudud

oleh Ahmad Albab
20/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan tiga anggota Parti Gerakan mencabar keperlembagaan undang-undang hudud Kelantan selepas memutuskan bahawa mereka gagal membuktikan bahawa mereka akan terjejas oleh undang-undang berkenaan.

Hakim Datuk Zaharah Ibrahim juga mendapati semua tiga pemohon tidak menyatakan dalam afidavit bahawa mereka merupakan orang Islam.

Tiga anggota Gerakan itu ialah Tuan Mat Tuan Wil, Soh Hoon Lee dan Chung Mon Sie.

“Saya sudah meneliti afidavit para pemohon dan tidak mendapati dalam afidavit, satu kenyataan bahawa hak mereka secara spesifik terjejas atau akan terjejas oleh undang-undang yang dicabar,” jelas beliau.

Hakim juga berkata tidak ada kenyataan dalam sebarang afidavit para pemohon mengenai bagaimana dan dalam apa undang-undang menjejaskan atau akan menjejaskan hak-hak mereka secara spesifik.

Beliau menjelaskan bahawa pelbagai pihak berkuasa dirujuk oleh pihak yang dinyatakan bahawa undang-undang tersebut telah dicabar di bawah Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan mesti mempunyai hubungan langsung kepada hak pihak yang mencabar undang-undang, bahawa undang-undang tersebut menjejas atau akan memberi kesan kepada hak spesifik.

“Undang-undang yang dicabar hanya terpakai kepada orang Islam. Tetapi tiada dalam kandungan afidavit kenyataan bahawa ada pemohon yang Islam dan oleh itu akan tertakluk kepada undang-undang yang dicabar,” jelas Hakim Zaharah.

Beliau yang merupakan hakim tunggal kes menolak permohonan ketiga-tiga pemohon untuk mendapatkan kebenaran kepada kepada Mahkamah Persekutuan bagi memulakan petisyen mencabar keperlembagaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan (II) (1993) Pindaan 2015 atau dikenali sebagai hudud.

Beliau tidak membuat keputusan berkaitan kos.

Hakim itu membuat keputusan selepas mendengar hujah peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili tiga pemohon terbabit, Datuk Sulaiman Abdullah yang mewakili kerajaan Kelantan dan Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bagi pihak kerajaan persekutuan.

Dalam notis yang difailkan pada 8 Mei lalu ketiga-tiga pemohon berkata bahawa Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa menggubal undang-undang menghukum kesalahan jenayah yang dihukum di bawah undang-undang persekutuan.

Mereka mendakwa bahawa tindakan dewan undangan negeri meluluskan pindaan enakmen itu sebagai tidak sah dan batal kerana ia tidak sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mereka menamakan kerajaan negeri Kelantan sebagai responden dalam notis usul tersebut.

Terdahulu Sri Ram berhujah bahawa rang undang-undang hudud yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan sebagai bertentangan dengan perlembagaan dan permohonan itu tidak semberono dan tidak menyakitkan hati.

Sementara Sulaiman pula berhujah bahawa para pemohon gagal membuktikan bahawa mereka terjejas teruk akibat undang-undang hudud.

Beliau juga berkata permohonan itu pramatang dan sekadar akademik dan berdasarkan kepada andaian memandangkan undang-undang hudud belum dilaksana.

Suzana pula berhujah bahawa undang-undang hudud hanya diguna pakai untuk orang Islam dan sebab itu permohonan itu perlu ditolak.

Sementara itu di luar mahkamah ketika ditanya mengenai keputusan berkenaan Sulaiman berkata ia bermaksud hanya pihak yang terjejas oleh undang-undang itu yang layak mencabarnya di mahkamah.

Katanya beliau sangat gembira dengan keputusan hari ini.

Sementara itu penasihat undang-undang negeri Kelantan Shahidani Abd Aziz berkata undang-undang hudud diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 19 Mac lalu dan mendapat perkenan Sultan Kelantan pada 23 April dan diwartakan sebagai undang-undang pada 24 Ogos.

Peguam bersama kerajaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan yang merupakan Setiausaha Agung PAS berkata hudud merupakan undang-undang yang sah.

Bagaimanapun katanya PAS masih belum membuat keputusan untuk membentangkan rang persendirian berkaitan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes empat individu yang menghalang presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada membentangkannya.

“Akta ini Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 perlu dipinda bagi menguatkuasa undang-undang hudud,” katanya. – BERNAMA

Tags: GerakanHudud
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Maria Farida Perjelas Tuduhan Rampas Suami Kawan Baik

Next Post

Polis Marin Rampas Rokok Seludup, Pelbagai Kenderaan Serta Bot

Related Posts

Isu Derma Syarikat Arak: PAS Mungkin Tidak Bersama Gerakan Pada PRU16

Isu Derma Syarikat Arak: PAS Mungkin Tidak Bersama Gerakan Pada PRU16

28/07/2024
1

Kota Bharu : PAS kecewa dengan pendirian dan kenyataan Gerakan yang menyokong isu derma syarikat arak kepada sekolah. IKUTI CHANNEL...

GERAKAN Guna Logo PN

GERAKAN Guna Logo PN

25/10/2022
0

BAYAN LEPAS : GERAKAN akan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Polis Marin Rampas Rokok Seludup, Pelbagai Kenderaan Serta Bot

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd