BERIKUT adalah pengalaman salah seorang pembaca Mynewshub yang membawa sahabatnya untuk mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) baru-baru ini.
Pengadu amat risau dengan keadaan sahabatnya yang mungkin dalam keadaan kritikal di mana tanda-tanda yang ditunjukkan adalah sangat teruk, seperti hidungnya yang mengalir darah dan mukanya yang membiru kepucatan.
Maka bergegaslah cepat-cepat pengadu berserta sahabatnya ke hospital berkenaan sekitar 1.30 pagi tadi.
Sampai sahaja di hospital, pengadu terus menerangkan tanda-tanda penyakit yang dihadapi sahabatnya kepada MA (pembantu perubatan) yang bertugas.
Namun apa yang menyedihkan ialah, MA tersebut dengan lagak pandainya terus mengatakan yang sahabat kepada pengadu ini hanya demam.
Tanpa melakukkan apa-apa prosedur terhadap pesakit, hanya dengan mendengar sahaja terus mengatakan yang sahabat pengadu deman dan tidak perlu dibuat apa-apa. Fuh hebat, kalah doktor yang berpengalaman beb!
Tambahnya, nada dan cara balasan pertanyaan yang diberikan kepada pengadu seakan menyindir sahaja. Adakah ini perangai sebenar insan yang bergelar pembantu perubatan hospital?
Amatlah tidak professional bagi kami.
Jom lihat aduan mangsa sepertimana yang dikirimkan kepada kami.
Lebih menyedihkan, petugas tersebut memberitahu kepada pengadu jika hendak berjumpa dengan doktor juga, dia kena tunggu selama 5 jam.
Pergh..kena tunggu sehingga 5 jam sebelum dilayan. Kalau pesakit dah teruk, silap-silap dah meninggal dah akibat menunggu terlalu lama.
Tambah menyedihkan lagi ialah kelihatan staf-staf lain seperti tidak berbuat apa-apa sahaja dan hanya MA ‘Professional’ tersebut sahaja yang bertugas.
Seolah-olah ada persefahaman antara yang berkerja untuk bergilir-gilir melayan tetamu/pesakit dan bukannya secara serentak.
Pasti ada kakitangan hospital yang terasa atau bengang dengang keluhan ini, tetapi ‘telan’ dan terima lah realiti ini.
Sudah ramai yang mempunyai pengalaman buruk dengan kakitangan hospital, perbaiki lah mutu kerja anda.
Mungkin kakitangan hospital sering menghadapi tekanan sewaktu bekerja namun bersikap professional lah sedikit.
Kalau pun anda rasa benda itu kecil, tetapi orang datang awal pagi tu sedang dalam kerisauan. Dia bukannya faham apa yang sedang berlaku.
Apa salahnya kalau sebagai kakitangan yang dibayar gaji oleh kerajaan, lakukan la pemeriksaan dulu baru terangkan bahawa apa yang berlaku itu tidaklah merbahaya.
Jangan la nak sindir dalam nada sinis dengan tanya soalan seperti pernah demam tak dan sebagainya.
Di manakah nilai estetik seseorang yang ingin menyelamatkan nyawa seseorang manusia? – MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzqahmd





