• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Tingkat Pemantauan Harga Barang Selepas Kenaikan Tol

oleh Ahmad Albab
19/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang akan meningkatkan pemantauan untuk memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang selepas kenaikan harga tol baru-baru ini.

Pengarahnya Sharuddin Jali berkata, jabatan itu akan menggerakkan 90 pegawai penguatkuasa harga setiap hari di setiap daerah di negeri ini untuk mengawasi perkara itu.

“Kenaikan harga tol memang tidak dapat dielakkan kerana perjanjian itu telah termeterai antara kerajaan dan pemegang konsesi tol, cuma apa kita dapat lakukan ialah memastikan ia tidak menyebabkan berlaku kenaikan mendadak harga barangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Kepenggunaan Kebangsaan peringkat negeri di sini, Ahad.

Dalam masa yang sama juga beliau menyeru orang ramai dan pengguna supaya segera melaporkan kepada KPDNKK dengan segera jika terdapat kenaikan harga barangan yang ketara di tempat mereka.

Dalam perkembangan lain, KPDNKK Pahang akan bertemu dengan semua pemborong gas petroleum cecair (LPG) berikutan terdapat laporan menyatakan berlaku kekurangan bekalan bahan itu di beberapa kawasan di daerah ini.

Katanya siasatan mendapati bekalan gas di Pahang adalah mencukupi, namun terdapat sesetengah pembekal didapati telah mengedar gas LPG berkenaan kepada restoran.

“Gas LPG itu merupakan barangan bersubsidi untuk kegunaan isi rumah sahaja dan adalah satu kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 sekiranya barangan itu dibekalkan kepada restoran.

Bagi menanganinya, KPDNKK akan mengesan pembekal terlibat yang menjual bahan itu secara haram kepada restoran dan menahan mereka untuk siasatan lanjut.

“Setakat ini masih belum ada sebarang tangkapan dilakukan, namun kita akan menyiasat siapa pembekal terlibat dan dari mana mereka mendapat bekalan itu selain memastikan tindakan membatalkan lesen dilakukan selepas itu,” katanya.

Selain itu katanya, KPDNKK turut menyediakan simpanan sebanyak 700 tong gas LPG untuk disalurkan ke kawasan yang mengalami masalah kekurangan bekalan gas berkenaan. – BERNAMA

Tags: Kenaikan TolKPDNKK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Khidmat Bas 2 Tingkat Laluan Taman Sri Muda-Pasar Seni Diperkenal

Next Post

Pelajar Mati Dalam Pesawat Selepas Gigit Penumpang Lain

Related Posts

Kekal Beku Kenaikan Kadar Tol Seluruh Negara Tahun Ini

09/01/2020
0

PETALING JAYA - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengekalkan keputusan membekukan semua kenaikan kadar tol di seluruh negara tahun ini, sebagai...

Tiada Kenaikan Tol Lebuh Raya Tahun Depan

27/12/2018
0

PUTRAJAYA - Kerajaan memutuskan tiada kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya seluruh negara tahun depan....

Next Post

Pelajar Mati Dalam Pesawat Selepas Gigit Penumpang Lain

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd