• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kos Pembaikan KLIA2 Dedah Angka Membimbangkan

oleh Ahmad Albab
22/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kos baik pulih Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang baharu sahaja beroperasi mendedahkan angka membimbangkan.

Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin mendakwa, kos pembaikan Terminal KLIA2 sejak dibuka sehingga September tahun ini menelan belanja sebanyak RM76.5 juta iaitu mencecah satu per tiga daripada kos pembinaan keseluruhan terminalnya yang bernilai RM231 juta.

“Menteri Pengangkutan telah menyatakan bahawa jumlah kos yang dibelanjakan Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) setakat September 2015 untuk kerja-kerja pembaikan kerosakan di KLIA2 sejak ia dibuka adalah RM76.5 juta.

“Ini bermakna ia adalah satu per tiga daripada kos pembinaan iaitu RM231 juta dan mungkin akan terus bertambah, kita tak tahu. Bagaimana kerja-kerja pembaikan boleh menelan belanja sebegitu banyak,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Beliau berkata, selain sangsi mengenai perbelanjaan yang disifatkan sebagai ‘besar’, timbul juga kebimbangan dari segi keselamatan.

“Ini berdasarkan jenis-jenis kerosakan di terminal seperti keretakan, mendapan dan takungan yang mempunyai implikasi keselamatan.

“KLIA2 itu selamatkah? Betul-betul selamatkah? Sekarang ini isunya bagaimanakah perkara ini boleh berlaku? Apabila membina terminal baharu, sepatutnya ia dibina ke arah ‘sifar kecacatan’.

“Kita harap bukan sahaja kerajaan buat audit tetapi ambil tindakan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab. Ini melibatkan soal keselamatan yang tidak sepatutnya ditoleransi,” katanya.

Beliau berkata demikian setelah menerima jawapan bertulis daripada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menyatakan bahawa kementerian telah menubuhkan Jawatankuasa Bebas Keselamatan KLIA2 pada Januari 2015 untuk mengaudit dan meneliti isu-isu kerosakan yang berlaku di bangunan terminal yang mempunyai implikasi keselamatan. – mStar Online

Tags: KLIA2
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Inisiatif QRT Imigresen Tangani Kesesakan Kaunter Di KLIA Dan KLIA2

Inisiatif QRT Imigresen Tangani Kesesakan Kaunter Di KLIA Dan KLIA2

01/02/2023
0

SEPANG : Penugasan anggota Pasukan Tindakan Pantas (QRT) Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membantu mempercepatkan proses...

JPJ Tahan 19 ‘Ulat’ Di KLIA, Klia2

JPJ Tahan 19 ‘Ulat’ Di KLIA, Klia2

13/12/2022
0

SEPANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menahan 19 'ulat' disyaki menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen dan beroperasi secara haram dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd