• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenaikan Tol: Kerajaan Tidak Harus Tanggung Pampasan Tinggi

oleh Ahmad Albab
15/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan berpendapat ia tidak harus terus menanggung pampasan yang sangat tinggi yang dibayar kepada syarikat konsesi lebuh raya dalam usaha mengekang kenaikan kadar tol, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Beliau menarik perhatian bahawa kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM510 juta bagi tempoh Januari-Oktober tahun ini susulan keputusan menangguhkan kenaikan kadar tol yang sepatutnya dilaksanakan pada Januari lepas.

Bercakap dalam program Soal Jawab terbitan TV3 malam ini, beliau berkata jumlah itu lebih tinggi berbanding RM403 juta pampasan yang dibayar kepada syarikat konsesi pada tahun lepas.

“Kerana itulah kita membenarkan syarikat konsesi menaikkan kadar tol,” katanya sambil menambah kenaikan itu dilakukan mengikut perjanjian konsesi yang dimeterai sebelum ini.

Beliau berkata kenaikan itu hanya melibatkan lebuh raya dalam bandar dengan kadar kenaikan maksimum RM1.

Menurut Abdul Wahid, langkah itu membolehkan kerajaan membelanjakan sumber kewangannya untuk kepentingan rakyat seperti menyediakan kemudahan seperti sekolah dan klinik. – BERNAMA

Tags: Kenaikan TolKonsesi TolpampasanWahid Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Flat, Rumah Teres Kampung Sungai Baru Terima Pampasan Antara RM884,000 Hingga RM8.1 Juta

Pemilik Flat, Rumah Teres Kampung Sungai Baru Terima Pampasan Antara RM884,000 Hingga RM8.1 Juta

12/09/2025
0

PUTRAJAYA: Sebanyak RM62.57 juta bayaran pampasan setakat ini sudah diberikan kepada pemilik dan pihak berkepentingan dalam projek pembangunan semula Kampung...

Gangguan Operasi LRT: Prasarana Tuntut Pampasan RM38 Juta

Gangguan Operasi LRT: Prasarana Tuntut Pampasan RM38 Juta

17/02/2024
0

Kuala Lumpur : Prasarana Berhad (Prasarana) akan mengambil tindakan undang-undang dan menuntut pampasan RM38 juta terhadap pemilik dan pemaju hotel...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd