• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Murid Orang Asli Hilang: Mayat Dikenal Pasti Sasa Sobrie

oleh
10/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Proses pengecaman mayat kanak-kanak perempuan dipercayai salah seorang daripada tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang dilaporkan hilang sejak 23 Ogos lalu dilakukan Khamis.

Pihak media tempatan di Kelantan difahamkan, keluarga kesemua kanak-kanak malang terbabit sudah pun dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) di sini untuk tujuan tersebut pada waktu tengah hari.

(TERKINI: Dalam pada itu, portal berita tempatan, AgendaDaily melaporkan siasatan awal pihak polis mendapati mayat kanak-kanak tersebut ialah Sasa Sobrie yang berusia 8 tahun.)

Ujian deoxyribonucleic acid (DNA) juga akan dibuat oleh ahli keluarga terbabit oleh pihak hospital tersebut bagi memudahkan pengesahan identiti sebenar mayat berkenaan berikutan keadaannya yang ditemui reput.

SASA SOBRIE

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah yang ditemui pemberita, proses bedah siasat jenazah sudah dijalankan, dan kini hanya menunggu proses pengecaman.

“Proses DNA berkenaan akan dibuat tengah hari (Khamis) selepas semua ahli keluarga kepada tujuh kanak-kanak yang hilang terbabit tiba di HGM.

“Keadaan mayat yang reput dan terjejas menyukarkan proses pengecaman, malah ketiadaan tanda pengenalan diri pada mayat juga menjadikan sukar untuk mengenal pasti mangsa terbabit,” katanya.

Mayat kanak-kanak berusia antara tujuh hingga sembilan tahun itu ditemui di Sungai Perias kira-kira 500 meter dari Pos Tohoi pada jam 7 malam Rabu oleh penduduk kampung sebelum mereka memaklumkan kepada pasukan penyelamat.

Baca: Mayat Dipercayai Salah Seorang 7 Anak Orang Asli Hilang Ditemui

MISSING_ORANG_ASLI_PUPILS_290915_TMINAZIRSUFARI_17

Pada 23 Ogos lalu, seramai tujuh murid Orang Asli dari SK Tohoi di sini dilaporkan hilang dari asrama sekolah mereka di Pos Tohoi Gua Musang.

Tujuh mangsa yang hilang termasuk seorang kanak-kanak lelaki ialah Mirsudiar Aluj, 11; Norieen, 10; Ika Ayel, 9; Sasa Sobrie, 8; Haikal Yaacob, 8; Linda Rosli, 8; dan Juvina Daud, 7.

Kanak-kanak ini dipercayai melarikan diri ke hutan berhampiran sekolah mereka selepas guru memberikan amaran akan dihukum kerana berenang di sungai berdekatan tanpa kebenaran.

Anggota tentera turut dikerah untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat ketujuh-tujuh murid berkenaan yang sehingga kini masih belum lagi ditemui.

Penemuan mayat reput itu berkemungkinan mampu memberi petunjuk baru dalam kes kehilangan misteri kanak-kanak malang berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Gua MusangOrang Asli
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Usaha Tingkat Keyakinan Masyarakat Kepada SPRM Perlu Dipergiatkan

Next Post

Che Ta Akui Upah Jurugambar Setiap Kali Pergi Melancong

Related Posts

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

21/08/2024
0

Sebanyak 1,200 Orang Asli di Pos Pulat, Pos Tohoi dan Kampung Kuala Wias di Gua Musang yang terkesan dengan pembinaan...

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

26/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengekalkan dasar Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk pelajar Melayu, Orang Asli dan anak negeri Sabah...

Next Post

Che Ta Akui Upah Jurugambar Setiap Kali Pergi Melancong

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd