• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Culik Kajang: 3 Suspek Utama Didakwa Pagi Jumaat

oleh AK-47
17/10/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Tiga lelaki termasuk dalang utama berusia 44 tahun didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan menculik kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Taman Suria, Sungai Chua, Jumaat lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu bagi mendapatkan wang tebusan berjumlah RM300,000 daripada keluarga mangsa.

Ketiga-tiga suspek dikenal pasti sebagai ahli perniagaan, Siow Kek Keong; warga Indonesia, Ridhuansyah Yahya, 32, dan pemandu lori, Mohd Saifulamry Jarkasi, 28.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada ketiga-tiga suspek apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abdul Jalil Salam Muhamad, sebentar tadi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama melakukan perbuatan itu pada jam 9.28 pagi, bertarikh 9 Oktober lalu.

Atas kesalahan itu, tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961 yang dibaca bersama 34 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, jika disabit kesalahan.

Pada Jumaat lalu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berbangsa Cina diculik oleh dua lelaki di Jalan Cempaka, Taman Setia, Sungai Chua, Kajang, tersebar menjadi viral di media sosial. – MYNEWSHUB.CC


Visual CCTV Budak 5 Tahun Diculik Di Kajang… oleh mynewshub

Tags: Kajangkes culik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

23/07/2024
1

JOHOR BAHRU - Seorang lagi suspek yang ditahan berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco...

Polis Johor Nafi Ada Kes Culik

Polis Johor Nafi Ada Kes Culik

29/09/2022
0

JOHOR BAHRU: Polis menafikan berlaku kes penculikan seorang kanak-kanak di negeri ini seperti yang tular dalam media sosial hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd