• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama Perkhidmatan Awam M’sia-Singapura Dipertingkat

oleh Ahmad Albab
17/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata kerjasama dua hala yang baik antara Perkhidmatan Awam Malaysia dan Singapura akan terus dipertingkatkan.

Justeru, beliau berkata adalah mustahak bagi kedua-dua pihak terus melakukan yang terbaik bagi memperkukuh dan meletakkan hubungan itu ke tahap lebih tinggi.

“Ini boleh dicapai dengan membina persefahaman, kepercayaan dan keyakinan yang lebih teguh ke arah kerjasama selanjutnya yang memberi manfaat dua hala,” katanya pada persidangan akhbar di sini hari ini.

Persidangan akhbar itu diadakan bersempena Temasya Perkhidmatan Awam Malaysia-Singapura ke-38 dan Program Seminar Bersama bagi Pemimpin Sektor Awam Malaysia dan Singapura ke-7 di sini hari ini.

Ali berkata beliau gembira dengan penyertaan bagi temasya dan seminar tahun ini, yang diadakan buat julung kali di luar Kuala Lumpur dan Singapura.

Ketika berucap dalam seminar itu, beliau berkata tidak dinafikan bahawa hubungan dua hala yang semakin akrab di bawah kepimpinan semasa telahpun diterjemahkan kepada kerjasama ekonomi, keselamatan serta sosial yang lebih hebat.

“Tumpuan turut diberi kepada manfaat positif dan bersama, dengan persefahaman bahawa pendekatan terhadap hubungan dua hala seharusnya untuk menghasilkan keputusan yang menguntungkan semua,” katanya.

Ali berkata ikatan rapat antara penjawat awam Malaysia dan Singapura digunakan sebagai contoh oleh Malaysia untuk berinteraksi dengan penjawat awam dari negara lain.
”
Saya menantikan interaksi yang aktif dan produktif dalam kalangan peserta untuk berkongsi hasrat bersama ke arah mempertingkatkan kerjasama bagi kebaikan kedua-dua negara,” katanya.

Beliau berkata Perkhidmatan Awam Malaysia menyaksikan kemajuan ketara berikutan agenda transformasinya dan kini berada pada ranking ke-8 sebagai kerajaan paling efisien dalam Laporan Daya Saing Global manakala Singapura pula pada ranking ke-2.

Namun begitu, Ali berkata Malaysia perlu mewujudkan perkongsian dengan negara lain.

“Kita mesti bersedia untuk mendapatkan nasihat dan bersikap terbuka untuk belajar daripada pengalaman kerajaan lain,” katanya, dan mengucapkan terima kasih kepada Perkhidmatan Awam Singapura kerana berkongsi pengalaman serta kepakarannya.

Ketua Perkhidmatan Awam Singapura Tan Sri Peter Ong berkata Singapura dan Malaysia akan terus bekerjasama rapat dalam bidang berkaitan perkhidmatan awam.

“Singapura sebagai sebuah negara yang kecil berdepan kekangan tenaga kerja namun kerajaan berusaha keras supaya berinovatif dalam meningkatkan produktiviti,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani berkata peluang pelaburan di Sarawak misalnya dalam sektor pelancongan dan perindustrian turut dibincangkan dalam seminar itu.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Setiausaha Tetap Bahagian Perkhidmatan Awam Singapura Yong Ying-I. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]1uZT5ce9qRw[/wpdevart_youtube]

Tags: Ali Hamsa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Album Terbaharu Yuna Temui Peminat Februari Tahun Depan

Next Post

“Tempoh Rawatan Zamani Telah Tamat, PENGASIH Halang Keluar”

Related Posts

Allahyarham Ali Hamsa Diberi Penghormatan Terakhir

25/04/2022
0

PUTRAJAYA : Lebih 500 orang hadir ke Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) di sini bagi...

Jenazah Allahyarham Ali Hamsa Dibawa Pulang Isnin Ini

23/04/2022
0

PUTRAJAYA : Jenazah Allahyarham Tan Sri Dr. Ali Hamsa akan dibawa pulang ke Malaysia bagi penghormatan terakhir dan dikebumikan di...

Next Post

"Tempoh Rawatan Zamani Telah Tamat, PENGASIH Halang Keluar"

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd