• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Terus Prihatin Keperluan Masyarakat India

oleh Ahmad Albab
25/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus prihatin terhadap keperluan masyarakat India khususnya dalam bidang pendidikan dan perniagaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata di sebalik cabaran ekonomi yang dihadapi negara, kerajaan tetap memberi perhatian terhadap kaum itu yang merupakan komponen penting dalam kemajmukan masyarakat Malaysia.

Ahmad Zahid menegaskan golongan minoriti di negara ini sentiasa mendapat perhatian kerajaan, apatah lagi masyarakat India yang telah bersama menyaksikan negara mencapai kemerdekaan dahulu.

“Tentunya keprihatinan perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sebagai pemimpin utama negara kita terutama apabila beliau membentangkan ucapan belanjawan semalam memperlihatkan bahawa keprihatinan beliau kepada masyarakat India tiada batasnya,” katanya.

Ahmad Zahid berucap pada sambutan Hari Deepavali anjuran Persatuan Peniaga-Peniaga Lebuh Ampang Kuala Lumpur di sini malam tadi.

Turut hadir Menteri Kesihatan merangkap Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam pembentangan Bajet 2016 di Dewan Rakyat semalam, perdana menteri mengumumkan beberapa insentif untuk masyarakat India antaranya peruntukan dana RM100 juta melalui Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India dan peruntukan RM50 juta oleh SME Bank untuk membantu usahawan kecil masyarakat berkenaan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata Najib memerlukan dokongan dan sokongan semua rakyat termasuk masyarakat India di sebalik usaha sesetengah pihak untuk mengeruhkan keadaan dalam negara.

“Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk, kita harus ketepikan perbezaan sama ada kita orang India, kita orang Cina atau sebagainya. Kita semua merupakan masyarakat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata semua pihak harus bekerjasama dan mengetepikan perbezaan ideologi politik demi menjamin perpaduan masyarakat di negara ini. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]40Q7obNR0sg[/wpdevart_youtube]

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd