• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Sedia 486 Klinik Rawatan Merokok

oleh Ahmad Albab
28/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini kerajaan menyediakan 486 klinik khas bagi membantu perokok berhenti merokok.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata bagaimanapun, hanya 18 peratus sahaja daripada golongan perokok tampil mendapatkan rawatan.

“Terdapat 70 peratus masyarakat mahu berhenti merokok namun secara purata (mereka) boleh berhenti apabila mendapat lapan kali rawatan,” katanya menjawab soalan Datuk Wee Jeck Seng (BN-Tanjong Piai) yang ingin tahu sama ada kerajaan berhasrat memperluas zon larangan merokok.

Mengulas lanjut, Dr. Hilmi berkata kementerian sedang dalam perancangan memperluas zon larangan merokok sejajar dengan Artikel 8 Perjanjian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) iaitu melindungi golongan bukan perokok dari bahaya asap rokok.

Katanya, kerajaan juga sebelum ini telah mengambil langkah mewartakan beberapa kawasan larangan merokok termasuk kawasan rehat dan rawat di lebuh raya seperti yang termaktub dalam Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Dr. Hilmi berkata trend masa kini memperlihat masyarakat beralih kepada penggunaan vape dengan alasan mahu berhenti merokok.

“Sehingga kini, terdapat dakwaan mengatakan vape mengandungi 7,000 bahan kimia dan 87 daripada bahan itu berpotensi menyebabkan kanser,” katanya menyeru masyarakat untuk tidak memulakan tabiat itu terutamanya pelajar sekolah. – BERNAMA

Tags: klinikRokokvape
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

17/01/2026
0

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair...

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

16/12/2025
0

JOHOR BAHRU: Malaysia komited mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan ia dapat dimuktamadkan menjelang tahun depan. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd