• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Akan Umum Angka Bajet 2016 Lebih Tinggi

oleh Ahmad Albab
01/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengumumkan angka Bajet 2016 yang lebih tinggi berbanding 2015 berikutan kepentingannya sebagai tahun permulaan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) selain memacu ekonomi domestik.

Sambil menegaskan ia hanya membabitkan kenaikan kecil, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah turut menyifatkan Bajet 2016 sebagai mencabar akibat ketidaktentuan ekonomi global dan pada masa sama perlu memastikan matlamat kemakmuran rakyat dapat dicapai.

“Kita telah merangka bajet itu tetapi pada masa sama perlu meneliti kesemua isu yang dibangkitkan kementerian-kementerian lain (sebelum memuktamadkannya),” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Skim Perumahan Belia (SPB) di sini, hari ini.

Jelas Ahmad Husni, selepas mengambil kira perkembangan semasa, Bajet 2016 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan menyaksikan peruntukan lebih besar bagi perbelanjaan pembangunan serta pengurangan perbelanjaan mengurus bagi mengimbangi defisit bajet berkenaan.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak bersama (dari kiri) Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong pada Konsultasi Bajet 2016 bertema 'Memperkukuh Pertubuhan, Memperluas Keterangkuman, Memastikan Kemapanan Fiskal' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) pada Konsultasi Bajet 2016 bertema ‘Memperkukuh Pertubuhan, Memperluas Keterangkuman, Memastikan Kemapanan Fiskal’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. – Foto BERNAMA

Kerajaan turut mengkaji semula defisit fiskal negara kepada nisbah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini kepada 3.2 peratus berbanding sasaran awal sebanyak tiga peratus akibat cabaran yang melanda persekitaran global, katanya.

Sementara itu, program SPB itu ditawarkan khusus bagi pasangan muda sudah berkahwin dengan gabungan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 dan bertujuan membantu mereka memiliki rumah pertama.

Bank Simpanan Nasional selaku institusi perbankan tunggal melaksankan skim berkenaan, akan menawarkan kemudahan pinjaman perumahan RM100,000 hingga RM500,000 dengan tempoh bayaran balik 35 tahun atau usia 65 tahun, tertakluk yang mana lebih awal.

Kerajaan turut menawarkan bantuan bulanan RM200 bagi dua tahun pertama pembayaran pertama untuk membantu pasangan terbabit melunaskan pinjaman mereka. – BERNAMA

Tags: Ahmad HusniBajet 2016
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Husni Ubah Landskap, Bangunkan Tambun

04/05/2018
0

IPOH - Berkemeja putih dan seluar hitam, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah melempar...

Ahmad Husni Pernah Jawab Soalan Sendiri Mengenai 1MDB

26/10/2016
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengemukakan soalan di Dewan Rakyat mengapa 1Malaysia Development Bhd....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd