• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Akan Perjelas Penempatan 3,000 Pelarian Syria

oleh Ahmad Albab
07/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberi penjelasan terperinci mengenai 3,000 pelarian Syria yang akan mendapat perlindungan di Malaysia dalam tempoh tiga tahun, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Beliau berkata pada masa sekarang perkara tersebut masih pada peringkat awal.

“Ini masih pada peringkat awal. Tidak ada apa lagi pada saya. KDN yang akan uruskan,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai hasrat Malaysia menerima 3,000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun.

Minggu lepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung ke-70 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengumumkan kesediaan Malaysia menerima 3,000 pelarian Syria bagi membantu krisis pelarian rakyat Syria.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula berkata Malaysia akan menawarkan perlindungan dan pekerjaan sementara kepada semua pelarian terbabit selain kemudahan pendidikan semasa di negara ini.

Sementara itu dalam ucapannya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang 2014, Reezal Merican menyifatkan tempoh dua bulan tujuh hari beliau selama berada di Wisma Putra sebagai penuh warna dan pengalaman yang pelbagai.

“Saya berpeluang menyertai beberapa perbincangan, mesyuarat dan membuat kenyataan akhbar sehinggalah saya disifatkan sebagai seorang timbalan menteri yang tidak berprotokol.

“Saya menganggap semua pengalaman itu sebagai lengkungan pembelajaran,” katanya.

Pada majlis anugerah hari ini, seramai 61 warga kerja Kementerian Luar yang berkhidmat di Wisma Putra dan 34 lagi warga kerja yang berkhidmat di pejabat perwakilan Malaysia di pelbagai negara menerima anugerah perkhidmatan cemerlang.

Turut menerima diberikan penghargaan ialah 22 pesara yang menerima anugerah Jasamu Dikenang. – BERNAMA

https://youtu.be/_syHo63MAps

Tags: pelarian SyriaReezal Merican
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

30/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengakui bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin,...

[TIDAK RASMI] Reezal Merican Masih Dahului Kerusi Kepala Batas

[TIDAK RASMI] Reezal Merican Masih Dahului Kerusi Kepala Batas

19/11/2022
0

KEPALA BATAS : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), masih lagi mendahului untuk kerusi Parlimen Kepala Batas. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd