• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kawal Aktiviti Elak Burukkan Kesan Fenomena El Nino

oleh Ahmad Albab
14/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menasihatkan semua pihak yang menjalankan aktiviti berisiko menyebabkan kebakaran supaya mengawal aktiviti mereka.

Menterinya Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata langkah berkenaan perlu diambil bagi mengurangkan kesan fenomena El Nino yang sedang dialami ketika ini.

“Peladang, penternak, petani, pusat pembuangan sampah serta masyarakat amnya dinasihatkan jangan membuat pembakaran terbuka bagi mengurangkan kesan El Nino. Jabatan Alam Sekitar juga telah diarahkan memantau jika ada pembakaran yang berlaku berdekatan dengan hutan supaya tidak merebak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan Kecemasan (Bantuan Pendidikan) 2015 Parlimen Santubong, di sini, hari ini.

El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua hingga empat tahun di timur Lautan Pasifik.

Sementara itu, Wan Junaidi berharap kementeriannya menerima peruntukan khusus dalam Bajet 2016 bagi menguruskan telaga tiub di tanah gambut serta hutan yang berisiko berhadapan dengan ancaman kebakaran.

Beliau berkata selain menguruskan telaga tiub sedia ada, kementerian juga merancang untuk menambah lagi telaga tiub ke beberapa kawasan lain .

“Jadi saya harap bajet nanti bukan saja kementerian saya tetapi juga bajet untuk Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi diberi peruntukan khusus supaya kementerian kami dapat menguruskan dan melaksanakan telaga tiub ini dan seterusnya dapat kita basahkan tanah gambut supaya tidak terlibat kebakaran,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan Bajet 2016 di Parlimen pada 23 Okt. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]a6El6zBlhdA[/wpdevart_youtube]

Tags: Wan Junaidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

11/07/2023
0

PETALING JAYA - Satu peraturan Dewan Rakyat perlu digubal untuk membenarkan usul mendakwa dan memecat Perdana Menteri boleh dibahaskan ahli...

Wan Junaidi Sedia Galas Jawatan Yang Dipertua Dewan Negara

Wan Junaidi Sedia Galas Jawatan Yang Dipertua Dewan Negara

16/06/2023
0

SHAH ALAM - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan kesediaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd