• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kamalanathan Nyata Hasrat Tanding Pemilihan MIC

oleh Ahmad Albab
02/10/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CRW) MIC yang juga Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan berhasrat bertanding dalam pemilihan parti itu bulan depan.

Beliau bagaimanapun belum memutuskan jawatan yang akan ditandinginya, sama ada Naib Presiden atau anggota Majlis Tertinggi (MT).

“Saya belum buat keputusan lagi, saya sedang dapatkan nasihat daripada pemimpin tertinggi, saya ingin mendapatkan respons dan nasihat mereka, ada masa lagi untuk saya membuat keputusan.

“Tetapi yang pasti, saya akan bertanding, saya tidak akan bertanding jawatan Presiden mahupun Timbalan Presiden, itu sudah selesai, tinggal jawatan Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi (MT),” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Peruntukan Khas kepada empat Sekolah Kebangsaan Tamil (SJKT) di Kedah di sini, malam Khamis.

Hadir sama, Anggota Dewan Negara yang juga Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah, Senator Datuk Jaspal Singh.

Kamalanathan berkata beliau berpuas hati dengan perjalanan pemilihan MIC kali ini dan memuji tindakan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, mewujudkan jawatankuasa tentang politik wang.

Terdahulu beliau menyerahkan sumbangan RM250,000 kepada empat SJKT di Kedah, iaitu SJKT Ladang Buntar (RM30,000); SJKT Ladang Sungai Raya (RM50,000); SJKT Palanisamy Kumaran (RM70,000) dan SJKT Ladang Wellesley (RM100,000).

Sumbangan fasa pertama ini katanya merupakan peruntukan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), di bawah Pakej Rancangan Khas 2013 untuk membaik pulih dan menaik taraf kemudahan sekolah Tamil.

“Lebih 150 sekolah dikenal pasti untuk menerima bantuan penyelenggaraan ini, yang akan diberikan secara berterusan, sehingga sebelum akhir bulan ini,” katanya.

Sementara itu, Kamalanathan berkata bagi Pakej Rancangan Khas 2012, 39 SJKT menerima bantuan penyelenggaraan dengan 37 daripadanya diberi surat lantikan kontraktor.

Daripada 37 sekolah itu, 50 peratus daripada sekolah terbabit telah memulakan projek, manakala baki 50 peratus sedang dalam proses mendapatkan kelulusan merancang daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), katanya. – BERNAMA

Tags: MICP.Kamalanathan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

‘MIC Perlu Beri Ketetapan Adakah Mahu Kekal Dalam BN, Jika Tidak Kami Akan Buat Keputusan Mengenai Hal Itu’ – Zahid

‘MIC Perlu Beri Ketetapan Adakah Mahu Kekal Dalam BN, Jika Tidak Kami Akan Buat Keputusan Mengenai Hal Itu’ – Zahid

21/12/2025
0

BUTTERWORTH: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi kata dua kepada MIC untuk membuat ketetapan pendirian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd