• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPS Buat Persiapan Berterusan Hadapi Banjir

oleh Ahmad Albab
29/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuat persiapan berterusan untuk menghadapi kemungkinan berlaku lagi banjir besar, kata Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azizan Ahmad.

Beliau berkata persiapan membabitkan kerja pembersihan atau pembesaran sungai bagi memudahkan aliran air.

Azizan meninjau pelaksanaan projek Lencongan Banjir Barat Timah Tasoh di Empangan Timah Tasoh, Beseri di sini, hari ini.

Katanya di Perlis, antara pendekatan yang akan diambil dalam menghadapi masalah banjir ialah membina laluan baharu bagi memudahkan buangan air berlebihan dari Empangan Timah Tasoh ke laut.

“Kerajaan telah memperuntukkan lebih RM315 juta untuk melaksanakan projek tersebut yang membabitkan pembinaan terusan sepanjang 22.5 kilometer dari Empangan Timah Tasoh ke Kampung Wai di Kuala Perlis, termasuk melalui sebuah terowong sepanjang 756 meter di Bukit Tebing Tinggi,” katanya.

Beliau berkata fungsi utama terusan terbabit adalah untuk mengalirkan keluar air yang berlebihan dalam Empangan Timah Tasoh ke laut semasa berlaku hujan lebat sebagaimana yang berlaku pada tahun 2010.

“Pada masa itu disebabkan tidak ada terusan untuk membuang air ke laut, menyebabkan air berlebihan dalam empangan dilepaskan ke dalam Sungai Korok berhampiran yang sempit sehingga menyebabkan berlaku banjir sepanjang sungai berkenaan hingga ke Kangar,” katanya.

Azizan berkata banjir yang berlaku tersebut telah menenggelamkan 47,000 hektar atau separuh keluasan negeri ini termasuk sawah padi dan merosakkan harta benda lain milik 63,000 penduduk yang menyebabkan kerugian hampir RM200 juta.

Beliau berharap apabila siap sepenuhnya projek Lencongan Banjir Barat Timah Tasoh pada pertengahan tahun hadapan, masalah ancaman banjir di Perlis akan dapat diatasi secara lebih berkesan. – BERNAMA

Tags: BanjirJPS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Ahli Politik Indonesia Sibuk Nasihat Mengenai Kayu Balak, Nasib Mangsa Banjir Dipersoal

Ahli Politik Indonesia Sibuk Nasihat Mengenai Kayu Balak, Nasib Mangsa Banjir Dipersoal

21/12/2025
0

KENYATAAN anggota DPR Indonesia, Alex Indra Lukman, yang menegur orang ramai agar tidak mengambil kayu gelondongan sisa banjir kerana ia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd