• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Haji Yang Ditemui Selepas Hilang Di Makkah Selamat Pulang

oleh Ahmad Albab
15/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Jemaah haji Malaysia, Abdul Muluk Ishak, yang ditemui selepas dilaporkan hilang semasa kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah bulan lepas, selamat tiba di tanah air Khamis pagi.

Kepulangannya pada 7.45 pagi dengan pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) MH8243 disambut dengan linangan air mata oleh anggota keluarga yang sabar menunggu selepas dua kali penerbangannya ditunda berikutan kematian isterinya Embon Ibrahim, 64, di Makkah pada Sabtu lepas.

Abdul Muluk, 71, yang kelihatan sihat, tersenyum lebar ketika bersalaman dengan anak cucunya di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Suasana bagaimanapun bertukar sayu apabila seluruh anggota keluarganya menitiskan air mata ketika pihak Tabung Haji (TH) tiba dengan troli berisi bagasi isterinya.

Ketika ditemui pemberita, dia menyatakan kegembiraannya dapat kembali ke tanah air walaupun terkilan isteri tercinta tidak dapat pulang bersama.

Diminta menceritakan kembali saat kehilangannya ketika kejadian kren tumbang, Abdul Muluk yang dikatakan seorang pelupa, menyatakan tidak dapat mengingati mengapa dia mengikuti kumpulan jemaah Thailand untuk makan dan minum bersama tanpa menyedari kehilangannya menimbulkan kebimbangan banyak pihak.

“Kita biasalah seronok orang ajak makan dan minum sebab mereka tengok saya seorang. Selepas itu ada orang kita (Malaysia) bawa saya kembali ke tempat penginapan jemaah Malaysia,” katanya.

“Ketika di Makkah jemaah lelaki dan perempuan diasingkan dan kami hanya berjumpa sekali sekala. Tetapi saya bersyukur isteri saya dapat selesaikan urusan haji,” kata Abdul Muluk.

Isterinya, Embon, yang menghidap radang paru-paru meninggal dunia pada 10 malam Sabtu (5 petang waktu Makkah) selepas menerima rawatan kira-kira empat minggu di sebuah hospital yang diuruskan TH di Makkah.

Pasangan berkenaan sepatutnya pulang ke Malaysia pada 30 Sept lalu tetapi dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan akibat keadaan Embon yang tidak sihat dan kemudian dijadual pulang pada 12 Okt.

Susulan itu, kepulangan Abdul Muluk ditangguhkan lagi kepada hari ini bagi menyelesaikan segala urusan pengebumian isterinya.

Sementara itu anak ketiganya, Faridatul, 39, berkata dia gembira saat melihat kelibat bapanya di balai ketibaan KLIA, namun perasaan itu bertukar sedih selepas melihat bagasi tertera nama ibunya yang telah bersemadi di Tanah Suci.

“Saya terkilan sebab tidak dapat bercakap dengan emak sebelum dia meninggal dunia. Kali terakhir dapat berhubung tiga minggu sebelum emak meninggal dunia iaitu beberapa hari selepas abah ditemui selamat,” katanya.

Menurut menantunya, Azrin Aripin, 40, ibu mertuanya mengadu batuknya tidak sembuh dan kedengaran agak lemah ketika kali terakhir dihubungi.

“Emak memang ada batuk tetapi kami tidak sangka boleh melarat. Rakan sebiliknya memberitahu kami, emak sering sakit tetapi dia mahu juga laksanakan haji dan apabila keadaannya semakin teruk mereka panggil pihak TH,” katanya.

Azrin berkata seluruh anggota keluarganya bagaimanapun bersyukur ibunya sempat melaksanakan segala rukun haji dan mengucapkan terima kasih kepada pihak TH atas segala bantuan yang dihulurkan. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiKLIATabung Haji
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kesemua 6 Jenazah Mangsa Nahas Di LPT 2 Selamat Disemadi

Next Post

Berita Benjy Telah Dihukum Gantung Tiada Pengesahan

Related Posts

Lelaki Ditahan Cuba Seludup Empat Ungka Tangan Hitam Di KLIA

Lelaki Ditahan Cuba Seludup Empat Ungka Tangan Hitam Di KLIA

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Cubaan seorang lelaki tempatan menyeludup keluar empat haiwan eksotik disyaki ungka tangan hitam, sejenis terancam digagalkan dalam pemeriksaan...

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

Next Post

Berita Benjy Telah Dihukum Gantung Tiada Pengesahan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd