• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu: JAS & Hospital Perlu Bincang Isu Kiraan IPU

oleh Ahmad Albab
10/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Jabatan Alam Sekitar dan pihak hospital perlu berbincang bagi memutuskan pengunaan teknologi kadar ukuran Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, bacaan yang diguna di Malaysia pada masa ini adalah lebih rendah dan membuatkan orang ramai mengambil mudah perkara berkaitan jerebu.

“Bacaan (IPU) kita rendah, bila rendah kita biar la…jadi kalau bacaan IPU tinggi (seperti di Singapura) kita masih rendah dan sebab itu kita tidak melakukan pencegahan (kesihatan) awal.

“Jadi saya harap kementerian dan pihak hospital ni berbincanglah supaya mungkin kita menjadikan bacaan sama dengan negara jiran,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Jantung Sedunia 2015 di Hospital Pulau Pinang di sini hari ini.

Bacaan IPU, parameter yang digunakan Malaysia ketika ini adalah berdasarkan habuk halus bersaiz kurang dari 10 mikrometer (PM10) berbanding bacaan 2.5 mikrometer (PM2.5), mengikut protokol antarabangsa.

Kiraan IPU berdasarkan PM2.5 akan memberi bacaan lebih tinggi berbanding IPU berdasarkan PM10.

Malaysia dilapor akan melaksanakan sistem IPU seperti Singapura yang menggunakan pengukuran pencemar 2.5 mikrometer (PM2.5) selewat-lewatnya pada 2017.

Dr Hilmi berkata apabila berlaku jerebu ramai yang mendapat penyakit lelah dan kes-kes berkaitan pernafasan yang mendapatkan rawatan di klinik dan hospital juga meningkat sehingga 50 peratus.

“Jadi saya kira telah sampai masa pihak Kementerian (Sumber Asli dan) Alam Sekitar tengok tentang kadar teknologi ukuran (IPU) ini,” katanya.

Terdahulu Dr Hilmi berkata Kementerian Kesihatan akan menambah lima lagi makmal ‘invasive cardiovascular’ bagi menampung kes-kes berkaitan jantung yang semakin meningkat.

Beliau berkata hospital yang mendapat tambahan makmal bernilai RM10 juta setiap satu ialah Hospital Pulau Pinang, Hospital Sultanah Aminah Johor Baharu, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan serta masing-masing sebuah hospital di Sarawak dan Kedah. – BERNAMA

Tags: Hilmi YahayaJerebu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

Hamas Lancar Serangan Balas Terbesar, Bedil 5,000 Roket Ke Atas Israel

Sekolah Ditutup Jika IPU Capai 200

07/10/2023
0

GEORGE TOWN: Sekolah-sekolah boleh ditutup sekiranya situasi jerebu semakin teruk di kawasan masing-masing dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd