• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAC: Pembangkang Bodoh Atau Memang Degil Di Parlimen

oleh
24/10/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SECARA umum memang malulah siapa yang mengundi wakil rakyat ini pada pilihan raya lalu dan lebih teruk, beginikah akhlak seorang anggota parlimen pembangkang yang konon lebih baik daripada Barisan Nasional (BN).

Paling sedih hanya kerana marah dengan usul penggantungan Lim Kit Siang (DAP- Gelang Patah) pada Khamis, Ramkarpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) tergamak menggelarkan ahli parlimen BN yang lain sebagai binatang.

Kenyataan biadap tersebut mengakibatkan sidang Dewan Rakyat menjadi tegang apabila wakil-wakil BN bangkit mendesak anak ‘otai’ DAP, mendiang Karpal Singh itu menarik balik perkataan berkenaan dan meminta maaf.

“Ini semua didengar oleh binatang-binatang!” kata Ramkarpal ketika berhujah pada sesi perbahasan dewan berkenaan. Beliau kemudiannya dilaporkan menarik balik kenyataan tersebut, namun enggan memohon maaf.

Ramkarpal antara ahli parlimen pembangkang yang ‘bertikam lidah’ selepas usul penggantungan Kit Siang selama enam bulan akhirnya berjaya diluluskan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

Usul tersebut dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said ekoran veteran DAP itu menuduh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia konon menyalahgunakan kedudukannya.

Pandikar pada Isnin meluluskan usul pelantikan pengerusi baharu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang tertangguh dalam proses siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ekoran rombakan Kabinet.

Kit Siang bagaimanapun mencelah hujah dengan membuat tafsiran berdasarkan Peraturan Mesyuarat 77 (3) iaitu ketiadaan pengerusi atau naib pengerusi PAC walhal Pandikar pula mengguna pakai Peraturan Mesyuarat 77 (2).

Bagi yang faham bahasa Melayu standard, 77 (2) merujuk ketiadaan pengerusi PAC akibat dikosongkan sekali gus boleh menyebabkan mesyuarat jawatankuasa Parlimen itu tidak boleh diteruskan sehingga ada pengganti baharu.

Anehnya, Kit Siang cuba membuat versi sendiri kononnya mesyuarat PAC boleh diteruskan dengan mengikut 77 (3) padahal peraturan itu merujuk ketiadaan pengerusi jika tidak hadir akibat ada urusan lain atau sakit uzur.

Justeru, tindakan Pandikar guna 77 (2) untuk lantik Datuk Hassan Ariffin (BN-Rompin) ganti Datuk Nur Jazlan Mohamed yang ‘gugur’ secara automatik daripada PAC setelah jadi Timbalan Menteri Dalam Negeri adalah betul.

Dalam cakap lebih mudah, mesyuarat PAC sebenarnya boleh diadakan jika Nur Jazlan kebetulan memang ada kerja di luar kawasan seperti bercuti atau sedang terlantar di katil hospital dengan ada sijil pengesahan doktor.

Tetapi situasinya sekarang wakil BN-Pulai itu telah secara sendiri dianggap sebagai terlucut jawatan daripada pengerusi PAC apabila dilantik menganggotai pentadbiran susulan rombakan jemaah Kabinet pada 27 Julai lalu.

Fakta inilah yang sengaja cuba disembunyikan oleh pembangkang antaranya Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu), Datuk Kamarudin Jaffar (PKR-Tumpat) dan Mohamed Hanipa Maidin (PAN-Sepang) ketika berbahas.

Malangnya Kit Siang cuba berlagak pandai sehingga sanggup dakwa Pandikar konon salah guna kuasanya tangguh mesyuarat PAC untuk kes 1MDB, dengan kuasa itu tiada dinyatakan dalam mana-mana Peraturan Mesyuarat.

Beliau dengan angkuh berkata: “Tidak ada peruntukan yang memberi kuasa kepada Tuan Yang Dipertua (Dewan Rakyat) untuk memberhentikan satu jawatankuasa khasnya PAC daripada menjalankan mesyuarat mereka.

“Adakah Yang Berhormat Sepang bersetuju ini satu ‘salah guna kuasa’ Tuan Yang Dipertua yang tidak patut berlaku dan ini merupakan satu sabotaj terhadap penyiasatan 1MDB,” kata Kit Siang dalam hujah ‘kurang cerdik’ itu.

Jelaslah wakil-wakil pembangkang cuba memperbodohkan rakyat Malaysia dengan isu bersifat teknikal demi menegakkan ‘benang basah’ tetapi terlupa kebenaran akhirnya mendedahkan mereka yang bodoh sebenarnya.

Pandikar bagaimanapun masih lagi bersabar dan hanya minta Kit Siang memohon maaf sahaja kerana mungkin terkhilaf buat tafsiran sendiri namun tokoh veteran DAP itu gagal berbuat demikian. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Ahli Parlimen Bukit Gulugor Gelar Ahli BN Binatang oleh mynewshub

Screen Shot 2015-10-22 at 8.04.10 PM
Tags: DAPDewan RakyatLim Kit SiangPACParlimenRamkarpal
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2,000 Komuniti Fit Malaysia Dijalankan Di 121 Daerah Hingga Bulan Ini

Next Post

Meizu Perkenalkan Phablet Terbaru Dengan Kerangka Logam

Related Posts

RUU Pekerja Gig Dibentang Pada Sesi Parlimen Depan

RUU Pekerja Gig Dibentang Pada Sesi Parlimen Depan

01/05/2025
0

Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig bagi meningkatkan perlindungan dan menyelesaikan isu kebajikan membabitkan golongan...

Sidang Khas Dewan Rakyat 5 Mei Diadakan Atas Permintaan PM – Parlimen

Sidang Khas Dewan Rakyat 5 Mei Diadakan Atas Permintaan PM – Parlimen

24/04/2025
2

KUALA LUMPUR: Sidang khas Dewan Rakyat pada 5 Mei ini bagi membincangkan kesan tindakan Amerika Syarikat (AS) ke atas ekonomi...

Next Post

Meizu Perkenalkan Phablet Terbaru Dengan Kerangka Logam

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd