• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IBM 2015 Perlu Dijadikan Input Dasar Kerajaan

oleh Ahmad Albab
29/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Kementerian Belia dan Sukan akan memanfaatkan input Indeks Belia Malaysia 2015 (IBM15) untuk membentuk program pembangunan belia yang lebih berfokus, kata Menterinya Khairy Jamaluddin.

IBM15, yang merupakan penilaian terhadap tahap kesejahteraan belia Malaysia, perlu dijadikan input untuk membentuk polisi serta dasar kerajaan dan bukan semata-mata dijadikan bahan ilmiah atau rujukan.

“Seharusnya ia diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan dan tindakan,” katanya dalam sidang media selepas menyertai Program Bual Bicara IBM 2015 di Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) di sini, hari ini.

Katanya kementerian akan membangunkan pelan tindakan IBM15 menerusi program pembangunan yang lebih berfokus berdasarkan hasil kajian melibatkan 6,100 responden belia dari seluruh negara.

“Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (Iyres), yang membangunkan IBM15, diminta mengadakan bengkel di seluruh negara bagi menerangkan kepentingan hasil kajian itu kepada orang ramai,” katanya.

IBM15 mengandungi 12 domain dan 58 indikator, yang dihasilkan menerusi kaedah tinjauan terhadap belia terdiri daripada pelbagai etnik, lokaliti, jantina dan latar belakang.

Khairy berkata antara 12 domain yang diambil kira dalam IBM15 adalah seperti sosialisasi politik, kesejahteraan ekonomi, penggunaan media dan hubungan sosial.

Beliau berkata sektor swasta juga boleh merujuk IBM15 untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih tepat berdasarkan cita rasa dan pandangan orang muda.

Katanya laporan keseluruhan IBM15 menunjukkan tahap kesejahteraan belia Malaysia berada pada tahap sederhana iaitu dengan skor 70.22 dengan domain bebas tingkah laku devian mencatat skor tertinggi iaitu 89.45 manakala terendah ialah sosialisasi politik dengan merekod skor 45.82.

“Domain tertinggi atau terendah masing-masing mempunyai alasan tersendiri, tetapi ia sebenarnya memberikan gambaran lebih komprehensif mengenai status belia dan kehendak mereka selama ini,” katanya.

Mengulas domain sosialisasi politik yang mencatat skor terendah, Khairy berkata indikator itu menunjukan parti-parti politik di negara ini gagal mempengaruhi belia sehingga menyebabkan mereka tidak berminat dan mengambil tahu perkembangan politik semasa.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata ia merupakan cabaran terbaru parti-parti politik termasuk UMNO sendiri untuk menarik dan menyelami perasaan serta jiwa orang muda. – BERNAMA

Tags: BeliaKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dewan Rakyat: Pembangkang Diselar Asyik Sensasikan Isu 1MDB

Next Post

Sony SmartWatch 3, Rekaan Unik Buat Peminat Jam Pintar

Related Posts

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

18/05/2023
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan khutbah Jumaat di negeri ini esok bertemakan belia sempena Hari Belia Negara...

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) menyediakan RM330 juta, termasuk RM10 juta bagi membantu belia daripada keluarga susah,...

Next Post

Sony SmartWatch 3, Rekaan Unik Buat Peminat Jam Pintar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd