• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hentikan Iklan Haram Atau Dikenakan Hukuman Berat

oleh Ahmad Albab
30/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas pelbagai usaha menangani iklan haram tetap menemui jalan buntu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang mengenakan hukuman lebih berat termasuk sebatan kepada pelakunya.

Datuk Bandar, Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata DBKL kini bercadang meminda undang-undang kecilnya kerana percaya hukuman sebat mampu menakutkan pesalah.

Mhd Amin turut mencadangkan sebatan hanya dikenakan kepada mereka yang ditahan ketika memasang iklan haram itu.

“Pelbagai inisiatif telah kami (DBKL) laksanakan tapi saya lihat masih banyak iklan haram yang ditampal, saya boleh katakan kalau kami dah turunkan 100 iklan haram, 200 lagi iklan baharu muncul.

“Kami perlu mengambil tindakan agresif menangani masalah ini dan sebatan adalah cara terbaik,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Selain sebatan, Mhd Amin Nordin juga berkata DBKL turut bercadang menaikkan jumlah denda terhadap pemilik syarikat iklan haram itu dan pelaku yang memasang iklan berkenaan dari RM2,000 kepada RM50,000.

Mhd Amin berkata dari Januari hingga hari ini, DBKL telah menurunkan 901,878 iklan haram yang ditampal atau dipasang di ibu kota, dan mengeluarkan 190 kompaun kepada pelaku manakala 166 syarikat masih dalam proses tindakan undang-undang.

Menurutnya DBKL telah melaksanakan pelbagai inisiatif menangani masalah ini termasuk menyapu cat anti-pelekat di tiang lampu, mewujudkan pasukan petugas khas membersihkan iklan haram di ibu kota serta menahan pelakunya.

Sebagai tambahan, DBKL turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membatalkan nombor telefon yang tertera di iklan haram.

Datuk Bandar itu turut menjelaskan DBKL sedang berunding dengan Kementerian Dalam Negeri untuk mengambil tindakan ke atas syarikat percetakan yang didapati mencetak iklan haram atau menawarkan perkhidmatan memasang iklan berkenaan, dengan membatalkan lesen serta merampas mesin mereka.

Menampal dan memasang iklan haram adalah satu kesalahan di bawah Undang-undang Kecil (Wilayah Persekutuan) 1982 dan Undang-undang Kecil Vandalisme (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1991. – BERNAMA

Tags: Datuk Bandarharamiklan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjualan Vape Akan Diharamkan Sepenuhnya – Dzulkefly

Penjualan Vape Akan Diharamkan Sepenuhnya – Dzulkefly

10/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan akan mengharamkan sepenuhnya penjualan rokok elektronik atau vape sebagai langkah membendung penyalahgunaan produk berkenaan. Menteri Kesihatan,...

Bahana Syarikat Lebur Tong Drum Haram

Bahana Syarikat Lebur Tong Drum Haram

06/09/2025
0

Shah Alam: Mahkamah Sesyen 3 Klang menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM18,000 terhadap syarikat kitar semula tong drum terpakai yang beroperasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd