• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Halal Speed Dating’: Kaedah Baru Orang Malaysia Cari Jodoh

oleh AK-47
09/10/2015
dalam Hangat
1
Share on FacebookShare on Twitter

SEMEMANGNYA perasaan cinta dan mahu berpasangan adalah fitrah bagi semua manusia.

Malangnya, tidak semua pasangan bercinta yang beragama Islam mampu menjaga batas-batas pergaulan yang disyariatkan sehingga boleh terjerumus ke dalam lembah maksiat.

11206843_963517093682940_2392109396067754578_o-750x422

Atas dasar itu, satu program yang dikenali sebagai ‘Halal Speed Dating’ diwujudkan dengan tujuan menggalakkan orang ramai mencari jodoh dengan cara terhormat dan berlandaskan Sunnah.

Malah, kesemua peserta dinasihatkan agar membawa pengiring sama ada wali, mahram atau rakan sejantina yang boleh dipercayai ketika menghadiri acara ini.

Ternyata, platform mencari jodoh ini mendapat sambutan hangat selepas dua kali dianjurkan di Kuala Lumpur iaitu pada sekitar bulan Mei dan terbaharu, 3 Oktober lalu.

Salah seorang peserta, Siti, 29, yang merupakan seorang pereka grafik mengakui hadir ditemani ibu bapanya untuk bertemu dengan peserta lelaki yang diharapkan sesuai untuk menjadi calon suaminya.

“Saya menyertai acara ini untuk mencari lelaki yang boleh dijadikan teman hidup kerana sebelum saya banyak meluangkan masa dengan keluarga,” ujarnya yang tidak lagi menjalinkan hubungan cinta selepas tamat pengajian universiti.

Difahamkan, selepas menyertai acara ini, peserta yang menjumpai pasangan sesuai akan mendapatkan persetujuan ibu bapa kedua-dua belah pihak sama ada bersetuju untuk menuju ke peringkat seterusnya dan berkahwin.

Menurut panganjurnya Zuhri Yuhyi, acara ini telah berjaya menyatukan 14 pasangan yang bakal mengakhiri hubungan mereka ke jinjang pelamin tidak lama lagi.

Selain mencari jodoh, program ini turut berkongsi beberapa nasihat mengenai alam perkahwinan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: halal speed datingjodoh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Jodoh Pernah Lintas Depan Mata” – Fahrin

10/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Jodoh di antara pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad dengan isterinya, Elena Hani rupanya kuat sejak 20 tahun...

Bakal Menantu Ditawar 10 Juta Baht

07/03/2019
0

BANGKOK - Seorang bapa bergelar jutawan di sini menawarkan ganjaran sebanyak 10 juta baht (RM1.3 juta) kepada mana-mana lelaki yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd