• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadi Jadi PM Jika Pembangkang Menang PRU14 – PAS

oleh Ahmad Albab
23/10/2015
dalam Politik
1
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mengingatkan semua pihak hanya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang layak menjadi Perdana Menteri jika pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusi DHPP Pusat, P.Balasubramaniam mendakwa, masyarakat Islam dan bukan Islam negara ini mahu Presiden PAS sebagai calon Perdana Menteri Malaysia yang baharu dan bukannya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“DHPP mahu melihat Presiden PAS bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas PRU14. DHPP akan mempastikan agar rakyat bukan Islam akan terus memilih PAS sebagai parti yang dipercayai dan mampu melindungi mereka.

“Kepada Presiden PAS dan pimpinan PAS, kami (DHPP) berjanji akan terus mendukung prinsip dan dasar PAS dan akan memenangkan PAS dalam pilihan raya akan datang,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili DHPP pada Himpunan Fastaqim (H60K) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada 17 Oktober lalu.

Kenyataan rasmi DHPP mengenai calon Perdana Menteri jika pembangkang memerintah negara itu, tamparan kepada Pakatan Harapan yang anggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Ia berikutan DAP, PKR dan PAN dalam mesyuarat pembentukan Pakatan Harapan sebelum ini mencapai persetujuan bersama bahawa Anwar yang juga Ketua Umum PKR yang kini menjalani hukuman penjara bagi kes liwat akan menjadi Perdana Menteri jika pembangkang menang PRU14. - MYNEWSHUB.CC

Tags: Hadi AwangPAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KP MAIWP `Perjudi’ Keselamatan Pelajar IPB – PKR

Next Post

Hanya PAS Dan UMNO Tarik Perhatian Orang Ramai – DHPP

Related Posts

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

05/07/2025
0

KOTA BHARU: PAS mahu mengekalkan Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai presiden parti dan akan dizahirkan pada Muktamar Tahunan PAS...

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Next Post

Hanya PAS Dan UMNO Tarik Perhatian Orang Ramai - DHPP

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd