• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST Terbukti Lebih Cekap Berbanding SST

oleh AK-47
27/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) terbukti sebagai sistem kutipan cukai yang lebih cekap berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST), dan pada masa yang sama membantu mengimbangi kemerosotan hasil akibat kejatuhan harga minyak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata regim percukaian baharu itu diunjur mengumpul hasil berjumlah RM39 bilion tahun depan berbanding RM18 bilion jika kerajaan meneruskan SST.

“Sesungguhnya, keputusan kerajaan melaksanakan GST adalah tepat, lebih-lebih lagi berikutan kejatuhan harga minyak kepada lebih 50 peratus daripada paras US$100 sebelum ini.

“Hasil kerajaan akan lebih rendah sebanyak RM21 bilion pada 2016 andai GST tidak dilaksanakan,” katanya semasa membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata andai ini berlaku, defisit fiskal mungkin meningkat kepada 4.8 peratus dan bukan 3.1 peratus yang disasarkan untuk 2016.

“Kerajaan terpaksa meminjam, termasuk untuk membayar gaji penjawat awam, penarafan kredit negara pula akan diturunkan dan kos pinjaman untuk semua, seperti pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan dan pinjaman perumahan, pastinya meningkat,” katanya.

Dalam isu ini beliau berkata kerajaan berterima kasih kerana pematuhan dalam pendaftaran dan pengisytiharannya (GST) sangat tinggi dan membanggakan.

“Setakat ini, jumlah syarikat yang berdaftar dengan GST hampir 400,000, dengan kadar patuh serahan mencapai lebih 90 peratus,” katanya.

GST yang bermula 1 April tahun ini diperkenalkan pada kadar enam peratus menggantikan SST pada kadar 10 peratus.

Setakat ini, sistem cukai ini telah dilaksanakan di lebih 160 negara. – BERNAMA

Tags: Bajet 2016GSTSST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Struktur SST Dikekalkan, Beri Impak Fiskal Lebih Pantas Kepada Kerajaan

Struktur SST Dikekalkan, Beri Impak Fiskal Lebih Pantas Kepada Kerajaan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengekalkan struktur Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada, sambil melaksanakan penambahbaikan bagi memastikan sistem percukaian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd