• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fitnah PM: Nizar Dibebas Lepas Minta Maaf

oleh
29/10/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

TENTU ramai masih lagi ingat balik dakwaan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin konon beliau dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memanggil jeneral-jeneral tentera.

Malah bekas ADUN PAS Changkat Jering itu tanpa rasa bersalah memfitnah Najib konon Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipanggil untuk siap siaga berbuat sesuatu jika Barisan Nasional (BN) kalah pilihan raya umum.

Tohmahan jahat tersebut dibuat oleh Nizar yang ketika itu merupakan ADUN PAS Pasir Panjang dalam satu ucapan politik semasa berceramah secara terbuka di Taman Desa Pakatan di Ipoh pada malam 23 April 2012.

Pada 25 Ogos 2014, beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak kerana memfitnah Perdana Menteri dalam ucapannya di ceramah tersebut yang direkodkan antara jam 9.00 malam sehingga jam 12.00 tengah malam.

Bekas ahli Parlimen PAS Bukit Gantang itu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara maksimum selama dua tahun atau dikenakan denda.

Setelah lebih setahun kes tersebut dikemukakan, pada Rabu, Nizar, yang berusia 58 tahun; akhirnya dibebaskan oleh pihak mahkamah di Ipoh selepas beliau mengemukakan permohonan maaf kepada Perdana Menteri.

Permohonan maaf tersebut dibuat secara terbuka di mahkamah. Sebelum itu kes Nizar ini agak menarik kerana ia menjadi terlalu lama dan ramai yang menunggu bilakah beliau hendak dihadapkan semula ke muka pengadilan.

Ada cakap-cakap politik konon kes ini akan hilang begitu sahaja sekiranya tidak dibicarakan dalam masa terdekat. Isu ini kemudian kembali menjadi panas apabila beliau dibidas oleh ramai pemimpin BN di Perak.

nizar2

Semasa dihadapkan di mahkamah, ADUN PAN Changkat Jering itu mengaku tidak bersalah dan sementara menunggu tarikh perbicaraan pada 26 September 2014, beliau diikat jamin RM4,000 serta seorang penjamin.

Untuk rekod Nizar pada 2012 dipetik berkata: “Saya juga dikhabarkan Najib baru-baru ini panggil kesemua pemimpin ATM, semua pegawai kanan ATM daripada darat ke, daripada laut ke, dan daripada udaranya.

“Najib bertanyakan pada mereka seandainya Barisan Nasional tumbang dalam pilihan raya umum, maka buatlah sesuatu. Saudara-saudara nak tahu apa kata ketua-ketua angkatan tentera ini, mereka juga terbuka.

“Mereka belajar berkenaan apa yang berlaku di Timur Tengah (Nota: kebangkitan rakyat Arab Spring yang didalangi Zionis antarabangsa), maka mereka beritahu Najib, kami akan sebelahi rakyat, itu jawapan tentera.

“Maknanya kalau rakyat Malaysia menolak Barisan Nasional dan memilih Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya, maka tentera-tentera ini pun akan bersama-sama dengan rakyat.

“Ini menyebabkan Najib terus menjadi pucat lesi sepucat-pucatnya, Najib ingat tentera ini boleh dipermainkan,” dakwa Nizar dengan penuh yakinnya ketika menyampaikan ceramah berkenaan.

Pihak ATM bagaimanapun kemudian menafikan tohmahan jahat itu dan mendakwa Perdana Menteri tidak pernah berbuat demikian sepanjang perkhidmatannya selepas mengambil alih daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dan pada 28 Oktober, terbuktilah dakwaan Nizar itu bukan sahaja tidak berasas, bahkan berniat tidak baik kepada Najib hanya untuk ‘meracuni’ rakyat dengan propaganda palsu semata-mata mahu menang pilihan raya umum.

Amatlah malang sekali penyokong pembangkang yang ‘termakan’ hasutan fitnah sebegini, namun mujur parti-parti pembangkang gagal ‘menawan’ negara ini daripada Barisan Nasional. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: fitnahNizar JamaluddinPANPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd