• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Esscom Semakin Digeruni Sindiket Penyeludupan Manusia

oleh Ahmad Albab
07/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kehadiran pasukan keselamatan di Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone) semakin digeruni sehingga memaksa sindiket penyeludupan manusia meningkatkan upah membawa masuk pendatang asing ke negeri ini secara haram, kata Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Abd Rashid Harun.

Biarpun berdepan dengan cabaran dan kesukaran melepasi pihak berkuasa di kawasan terlibat, beliau tidak menafikan penyeludup tetap bersungguh sungguh membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk meraih keuntungan lebih.

“Tidak dinafikan memang ada yang dapat lepas tetapi melihat betapa sukarnya untuk mengawal pesisir pantai sepanjang 1,733.7 km dari Kudat ke Tawau, itu bukan alasan untuk Esscom tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab,” katanya.

Abd Rashid berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk ‘Keselamatan Negara dari Pengalaman Esscom’ pada Seminar Kelestarian Keselamatan Negara di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) kampus Sabah dekat sini, hari ini.

Seminar itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin.

Menurut Abd Rashid, difahamkan kadar penyeludupan manusia yang dibawa masuk melalui Esszone dari negara jiran kini mencecah RM370 seorang berbanding RM120 sebelum ini.

Beliau berkata sebanyak 361 pulau yang terdapat di pantai timur negeri ini turut menjadi tanggungjawab pihaknya bersama agensi keselamatan yang lain untuk menyekat dan mengekang aktiviti penyeludupan.

Katanya, kegiatan penyeludupan merupakan ancaman dalaman paling utama di kawasan Esszone, termasuk penyokong aktiviti haram itu dan penguatkuasa yang tidak bertanggungjawab.

Ancaman luar pula termasuk penyeludupan, menculik untuk tebusan, ketenteraan ‘kesultanan’ Sulu dan rompakan di laut, katanya.

Sementara itu, Ketua Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia kontinjen Sabah, Datuk Rorete @ Clarence Sagon berkata ancaman Jemaah Islamiah (JI) masih wujud di negara ini dengan Sabah dijadikan sebagai titik transit bagi anggotanya yang datang dari Indonesia dan Filipina sebelum berlepas ke negara lain.

Menurutnya, sejak 2001 hingga 2011, seramai 150 orang yang mempunyai kaitan dengan JI dan Daulah Islamiah (DI) ditangkap di seluruh negara.

“Seramai 22 orang yang mempunyai kaitan JI dan 19 berkaitan DI di negeri ini ditangkap antara 2002 hingga 2006. Terdapat juga 31 anggota JI dan 45 DI telah dikesan di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Esscom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

ESSCOM Keluar Senarai 21 Penjenayah Dikehendaki

06/01/2021
0

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengeluarkan senarai terkini 21 penjenayah rentas sempadan dikehendaki di Zon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd