• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Digigit Monyet Liar, Budak Lelaki Disuntik Vaksin Rabies

oleh Ahmad Albab
08/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Seorang murid sekolah rendah telah diberi vaksin rabies dan perlu sentiasa diawasi selepas diserang seekor monyet liar di Arau.

Pengarah Jabatan Kesihatan Perlis, Dr. Zaini Hussin berkata kanak-kanak itu diberikan vaksin sebagai langkah keselamatan walaupun dia tidak berada dalam keadaan serius.

“Ini adalah kes terpencil. Kebarangkalian untuk dia mendapat penyakit anjing gila sangat sedikit. Kemungkinannya hanya lima peratus.

“Bagaimanapun, memandangkan rabies sedang merebak di kalangan anjing, jabatan ini mengambil langkah yang sama dalam menangani semua gigitan haiwan,” katanya kepada The Star, Isnin.

Beliau berkata kanak-kanak itu telah dihantar pulang selepas menerima 11 jahitan di tangannya.

Kanak-kanak itu dipercayai berbasikal ke pusat tuisyen ketika serangan itu berlaku Khamis lalu.

Rantai basikal kemudian mengalami masalah dan dia cuba memperbaikinya apabila monyet itu melompat ke atasnya dan menggigit tangannya.

Mengenai wabak penyakit anjing gila di Perlis, Dr. Zaini berkata bekalan vaksin untuk mereka yang digigit anjing adalah memadai.

“Malah, kami mempunyai stok 10 kali lebih daripada biasa. Kebimbangan utama kami sekarang ialah penyebaran rabies melalui anjing. Nasib baik tiada seorang pun daripada mereka yang digigit anjing didapati positif penyakit anjing gila,” katanya.

Dr. Zaini menggesa orang ramai segera mencuci luka dan mendapatkan rawatan perubatan dengan segera jika diserang mana-mana haiwan. – mStar Online

Tags: kanak-kanakmonyet
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd