• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat: Gobind, Lip Eng Diarah Keluar

oleh Ahmad Albab
19/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hanya beberapa jam sebaik bermulanya hari pertama sidang Dewan Rakyat, dua Ahli Parlimen pembangkang, masing-masing Gobind Singh Deo dan Lim Lip Eng diarah keluar kerana ingkar arahan.

Yang Dipertuan Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengeluarkan arahan tersebut setelah anak mendiang Karpal Singh itu yang juga Ahli Parlimen Puchong bangun dan mempertikaikan keputusan Speaker menolak usul Teresa Kok (DAP-Seputeh) dan Lip Eng (DAP-Segambut).

Gobind ketika ditemui di lobi dewan berkata arahan keluar oleh Pandikar Amin adalah tidak wajar kerana beliau hanya bangun untuk meminta penjelasan mengenai penolakan pembahasan usul tergempar oleh dua rakan, Lip Eng dan Teresa.

“Ini adalah sesuatu yang memalukan, apatah lagi ia berlaku pada hari pertama persidangan.

“Saya hanya bangun dan meminta Speaker memberi penjelasan mengapa dua usul tergempar itu ditolak dan sepatutnya beliau memberi penjelasan dan alasan usul tersebut ditolak,” katanya.

Kekecohan di dalam Dewan bermula apabila Kok bangun dan mempertikaikan keputusan Pandikar Amin menolak usul tergemparnya untuk membahaskan mengenai kehilangan tujuh murid Orang Asli di Gua Musang.

Pertikaian timbul apabila usul tergempar mengenai kenaikan tol yang dikemukakan Lip Eng turut ditolak dengan alasan terdapat usul lain akan dibahaskan, iaitu usul yang dikemukakan Teresa.

“Persoalan timbul apabila pada hari ini kami mendapati kedua-dua usul kami telah ditolak dan tiada usul tergempar akan dibahaskan pada hari ini.

“Saya hanya bangun minta penjelasan dan minta Speaker mempertimbangkannya semula,” katanya.

Terdahulu, sebelum arahan dikeluarkan, Pandikar Amin berkata, penolakan usul itu dibuat kerana ia adalah isu yang ‘tidak perlu disegerakan’.

Katanya, keputusan yang dibuat tidak boleh ditarik balik.

Bagaimanapun, jawapan yang diberikan tidak memuaskan hati Gobind dan Lip Eng yang membawa kepada suasana tegang kira-kira 15 minit.

Tindakan Gobind yang terus bercakap dan tidak mahu duduk walaupun diarahkan berbuat demikian berkali-kali telah menyebabkan Speaker menggunakan Peraturan Mesyuarat 18 Dewan Rakyat dan mengarahkan kedua-duanya keluar. – mStar Online

Tags: Dewan RakyatPandikar Amin Muliapembangkang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hukuman Mati Ke Atas Pemandu Mabuk Kemalangan Maut, Anggap Niat Membunuh

Hukuman Mati Ke Atas Pemandu Mabuk Kemalangan Maut, Anggap Niat Membunuh

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pembangkang mendesak kerajaan mengambil langkah lebih tegas dengan mengkaji pelaksanaan hukuman mati terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan...

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd