• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Layanan Buruk Terhadap Murid Tak Benar – Guru

oleh Ahmad Albab
13/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Murid Orang Asli di SK Tohoi tidak pernah dizalimi oleh guru-guru mereka.

Salah seorang guru di sekolah itu yang enggan dikenali berkata, beliau dan rakan-rakannya berasa terganggu dengan dakwaan yang dibuat oleh ibu bapa kanak-kanak sekolah itu.

“Saya benar-benar tidak tahu bagaimana mereka boleh membuat tanggapan itu.

“Malah cakap-cakap bahawa kita mahu mendenda kanak-kanak kerana berenang di sungai juga tidak benar,” katanya sambil menambah guru-guru tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan cerita sebenar daripada pihak mereka.

“Sebagai guru, kami bertanggungjawab terhadap murid-murid kami, mengapa kami perlu menganiaya mereka?

“Saya merayu kepada masyarakat Orang Asli supaya tidak menuding jari kerana dakwaan ini adalah tidak benar,” katanya ketika ditemui di sekolah itu, Isnin.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan di media sosial tentang dakwaan layanan buruk yang diberikan terhadap murid-murid.

Sebuah portal berita melaporkan ada murid yang mendakwa mereka perlu tidur di atas lantai simen dan memakai pakaian seragam kotor ke sekolah.

Guru itu yang telah mengajar di SK Tohoi selama tiga tahun berkata aktiviti sekolah berjalan seperti biasa walaupun semua orang sedang berkabung ekoran kematian kanak-kanak Orang Asli.

Tujuh murid telah hilang selama 46 hari sejak 23 Ogos.

“Jika kita telah menzalimi murid-murid, ia sudah lama dilaporkan oleh media masa,” kata guru itu.

Pengawal keselamatan sekolah Ainig Ahod, 40, berkata guru sewajarnya memberi penjelasan.

Katanya, pelajar hanya akan ditegur jika mereka nakal.

“Malah sebahagian ibu bapa pun mengaku bahawa anak-anak mereka mempunyai masalah disiplin dan sukar untuk dikawal,” katanya. – The Star Online

Tags: DeraGuruOrang AsliTohoi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat mengesyorkan pengurusan kesihatan mental kanak-kanak memerlukan perkhidmatan dan...

iGuru Desak Siasatan Rapi Dakwaan Guru Terbabit Aktiviti Songsang

iGuru Desak Siasatan Rapi Dakwaan Guru Terbabit Aktiviti Songsang

30/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Ikatan Guru Muslim Malaysia (iGuru) menggesa satu siasatan rapi dijalankan bagi mengesahkan perlakuan sumbang membabitkan beberapa guru seperti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd