• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cubaan Seludup Rokok Dengan Bas Ekspres

oleh Ahmad Albab
23/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Dua pemandu bas ekspres yang dalam perjalanan dari Johor menuju Kelantan ditahan kerana cuba menyeludup rokok bernilai kira-kira RM502,779.20.

Mereka ditahan di Plaza Tol Gemuruh di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) kira-kira pukul 3.20 pagi semalam.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Terengganu, Datuk Hamzah Sundang berkata rokok itu sebanyak 3,850 karton.

Beliau berkata bas itu yang membawa 25 penumpang dalam perjalanan ke Kota Baharu.

“Rokok itu jenama Saat disorok di tempat kargo di bawah bas serta di tempat duduk bahagian belakang bas,” katanya.

Hamzah berkata modus operandi menyeludup menggunakan bas ekspres merupakan taktik baharu yang berjaya dibongkar.

Rokok yang diseludup dari negara jiran itu dipercayai untuk pasaran di Kelantan manakala Terengganu dijadikan sebagai transit, katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan kegiatan berkenaan digerakkan oleh sindiket kerana ia membabitkan kuantiti rokok yang banyak.

Kedua-dua pemandu berkenaan yang berusia 44 tahun dan 52 tahun kini direman selama 10 hari sehingga Jumaat depan. – BERNAMA

Tags: bas ekspresRokokseludup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd