• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Paling Ramai Bilionair Atasi AS Buat Kali Pertama

oleh Ahmad Albab
23/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHANGHAI – Sebuah kajian tahunan melaporkan semalam, jumlah bilionair di China kini melebihi golongan itu di Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama dalam sejarah.

Majalah ekonomi Hurun Report melaporkan, China kini mempunyai 596 bilionair – peningkatan 242 orang berbanding tahun lalu, yang jauh menjangkaui 537 bilionair AS direkodkan.

Pengerusi Hurun Report, Rupert Hoogewerf berkata dalam satu kenyataan: “Walaupun ekonominya lembab, golongan kaya di China nampaknya tidak terkesan, malah tahun ini nampaknya yang terbaik untuk mereka.”

Menurut laporan majalah tersebut, usahawan hartanah dan hiburan, Wang Jianlin mengalahkan pengasas Alibaba, Jack Ma sebagai orang terkaya di China.

Wang – yang mengasaskan syarikat konglomerat Wanda – melihat kekayaannya meningkat lebih 50 peratus kepada AS$34.4 bilion (RM141 bilion) berikutan lonjakan harga sahamnya.

Wang terkenal kerana beberapa pembelian di luar China termasuk penganjur pertandingan Ironman, kumpulan pemasaran sukan Swiss, Infront, dan pegangan dalam kelab bola sepak Sepanyol, Atletico Madrid.

Dia menjadi terkenal pada 2012 selepas membeli rangkaian panggung wayang AS, AMC Entertainment, dengan harga AS$2.6 bilion (RM10.7 bilion).

Sementara itu, Ma tersenarai di tempat kedua dengan kekayaan AS$22.7 bilion (RM93.2 bilion). Tempat ketiga kekal diduduki taikun minuman, Zong Qinghou dari Wahaha dengan kekayaan AS$21 bilion (RM86 bilion).

Manakala pengasas Tencent yang mengendalikan aplikasi popular WeChat di tempat keempat dengan AS$19 bilion (RM78 bilion).

Pemilik syarikat telefon pintar Xiaomi, Lei Jun pula tersenarai di tempat kelima selepas menggandakan kekayaannya kepada lebih AS$14 bilion (RMRM57 bilion).

Tempat keenam dan ketujuh masing-masing dipegang pemilik Yan Hao syarikat pembinaan China Pacific Construction serta pengasas enjin carian Baidu, Robin Li. – AFP/myMetro Online

Tags: China
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd