• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Loji Tenaga Elektrik Kuasa Gas Di Sandakan

oleh Ahmad Albab
29/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan mengemukakan cadangan pembinaan sebuah loji tenaga elektrik 380MW menggunakan kuasa gas di Sandakan kepada Kabinet sebelum akhir tahun ini untuk mendapatkan kelulusan muktamad, kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili.

Di bawah cadangan itu, gas akan disalurkan dari Tuaran ke Sandakan melalui sistem paip, yang merentasi beberapa daerah, termasuk Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu dan Beluran bagi memenuhi permintaan terhadap tenaga elektrik di pantai timur Sabah.

Ongkili berkata cadangan itu diluluskan pada dasarnya oleh Majlis Ekonomi tetapi maklumat terperinci mengenainya diperlukan untuk dibentang kepada Kabinet bagi tindakan lanjut.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat pertama Panel Perundingan Tenaga Sabah di sini, hari ini.

Panel itu ditubuhkan Suruhanjaya Tenaga sebagai inisiatif untuk membincangkan isu berkaitan status bekalan tenaga elektrik di Sabah dan sebagai platform untuk menyumbangkan idea serta cadangan kepada kerajaan dalam melaksanakan langkah praktikal dan berkesan dari segi kos untuk membekalkan tenaga elektrik di negeri ini. – BERNAMA

Tags: lojiMaximus Ongkili
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Loji Digantung JAKIM Hanya Bekal 18 Peratus Bekalan Daging Malaysia

19/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Malaysia hanya bergantung sebanyak 18 peratus bekalan daging import dari loji sembelihan Thomas Foods International (TFI) Lobethal,...

Maximus Ongkili Tiba Di Istana Negara

11/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili tiba di Istana Negara, di sini, untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd